t>

Breaking News

Inila kenyataan Nasruddin Tantawi Yang Buat Lim Guan Eng Mengamuk!


Apa Beza Kidex dan Penang Tunnel?

Oleh : Nasrudin bin Hassan at Tantawi

1. Membaca tuduhan dan alasan keatas Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) yang dijadikan sebab untuk menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, saya merasa agak terpanggil untuk mengutarakan beberapa persoalan. Terlebih dahulu apabila saya analisa pertuduhan berkenaan isu Kidex saya dapati antara yang dikemukakan adalah seperti berikut:

a) KIDEX yang panjangnya 14.9 KM bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta.

b) Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun yang merupakan tempoh yang agak lama berbanding konsesi lain.

c) Projek dianugerahkan kepada kroni UMNO secara rundingan terus tanpa melalui tender terbuka.

d) Kajian awal Traffic Impact Assesment (TIA) menunjukkan pengurangan kesesakan lalulintas yang tidak ketara.

2. Saya kira ramai yang keliru atau dikelirukan dengan fakta tentang pembinaan Kidex ini. Antaranya 

a) projek ini adalah PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN. 

b) Kerajaan Negeri tiada hak untuk menentukan jumlah kos dan tempoh konses serta kepada siapa projek ini diberikan. 

c) Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

3. Bagi menangani keluhan rakyat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung melalui projek ini, Kerajaan Negeri telah mengarahkan pemaju terbabit melakukan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik kepada Kerajaan Negeri sebelum 15 November 2014. Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan agar sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat.

4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE). 

a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM. 

b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. 

c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus?

d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau. 

d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius. 

e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau. 

5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan.

6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri. 

a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta. 

b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini? 

c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu..