t>

Breaking News

Kalau TV3, Utusan, RTM Sokong Khalid, Bermakna Khalid Jahat - Hishammudin Rais.

Pemerhati politik, saka hishamuddin raisHishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam.
“Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.
Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan.
“Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?”soalnya.
Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.
“Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya.
“Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka.”
Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti.
“Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat.
“Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,”ujarnya.
Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat.
“Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan,” katanya. -FMT-