t>

Breaking News

Khalid Ibrahim Minta Maaf Kerana Susahkan Rakyat Selangor.


Dia akan bersihkan diri dia dari segala macam tuduhan dan fitnah ikut saluran undang2. Kemudian, dia akan menikmati hari2nya seperti biasa. Samada ada mana2 syarikat GLC yang menawarkan dia jawatan ataupun dia boleh bersenang2 dengan kehidupannya. Dia ada cukup saham untuk hidup selesa. Dia tak rugi pun hilang jawatan. Yang rugi tue bila rakyat kehilangan orang yang amanah dan ahli dalam bidangnya.

Ini yang penyokong2 tegar partisan nak sangat. Jangan menyesal sudah la. Nak beri peluang pada Wan Azizah kan? Okay, tengokla cara dia mentadbir nanti macam mana. Kalau baik, baguslah. Kalau sebaliknya, masa tue apa agaknya yang korang2 neh nak campak kat aku ek? MAKI HAMUN ke?

HA HA HA

Baca jap ;
 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).


Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Menteri besar daripada Bebas itu mula mendiamkan diri dan mengelak daripada berjumpa wartawan sejak PAS pada Ahad lalu memutuskan kekal bersama Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan pertukaran kerusi menteri besar.

Beliau ketika ditanya wartawan juga enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya hanya tersenyum dan berlalu pergi sambil dikawal ketat oleh pegawai keselamatan. -TMI-