t>

Breaking News

Program Tahnik Berbayar - Dikecam Pengguna Media Sosial.

Kena kutuk kaw2. Ramai yang perli, sindir program neh. Memang patut pun.

Korang tengok la sendiri.


Setahu aku la kan. Selama neh kalau nak bertahnik pun percuma aje. Orang mungkin sediakan air ataupun buah kurma ataupun buah-buahan yang manis2 la untuk budak tapi tak la sampai kena bayar untuk bertahnik neh.

Kaw2 buat duit pula tue. Satu bayi charge rm30.00. Itupun tempat terhad pada 100 bayi pertama sahaja semata2. Kalau lepas seratus, berapa pula kena bayar? Mesti la makin bertambah bayarannya. Itu sebab dia buat ayat offer. 100 tempat pertama 30.00.

Jual agama memang untung zaman sekarang. Dengan tahnik pun dah boleh buat bisnes. Macam2 la. Bila orang kritik kang mula la ada yang bagi alasan bangang (dan, memang ada dah pun).

Bayar artis boleh sampai beribu2, takan tahnik tak boleh.

Oi setannnnnnnnnnnnn.

Aku tak pernah bayar artis beribu2. Bab2 neh la aku paling merenyam sekali.

HAHA.

Kalau bagi tiket konsert percuma pun tak tentu aku p inikan pula nak bayar artis beribu2. Memang tak la kan. Jangan la buat perbandingan dengan beranggapan semua orang pernah p konsert artis. Ada yang betul2 tak habiskan duit beribu2 untuk perkara2 macam tue pun. Perbandingan tue mungkin terpakai pada sesetengah pihak tapi bukan semua pihak le.

Bagi aku upacara tahnik neh benda percuma je maka kekalkan ia secara percuma. Tak payah la nak buat kerja2 mengarut berbayar apa semua. Betul2 memalukan imej dan umat islam le. Bayangkan, apa la yang orang2 bukan islam akan fikir ek. Letak benda manis-manisan sikit kat mulut then tetiba nak kenakan bayaran rm30.00 untuk seorang bayi?

KAU DAH GILA NAK MAMPOS?

Sorry la. Mungkin kasar. Tapi siyes la. Aku tak boleh terima kegilaan macam neh. Kembali la ke matlamat asal bertahnik neh. Ia bukan untuk jual beli ke apa ke diconvert jadi perniagaan ke apa ke. Korang neh nama aje terer bab agama tapi.. kalau bab buat duit.. fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. laju je fikir ye.

Haha.

Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. Oleh itu, sebagai seorang Islam hendaklah mengambil berat untuk mengamalkan petunjuk ini.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan tahnik Ini dan hikmah di sebalik perbuatan ini? 'Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu ke gusi bayi. la dilakukan dengan meletakkan sedikit kurma ke dalam mulut bayi, kemudian digerak-gerakkan ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi kurma yang dimamah tadi. Sekiranya tidak mempunyai buah kurma, lakukanlah tahnik ini dengan apa sahaja yang manis demi mencontohi sunnah dan sebagai tanda mengikut apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.


Mungkin antara hikmahnya ialah disebalik perbuatan ini bertujuan menguatkan otot-otot mulut dan rahangnya dengan pergerakkan lidah ketika tahnik ini dilakukan dan melatih bayi menyusu dengan cara semulajadi ( tabi’i ). Lebih afdal sekiranya tahnik ini dilakukan oleh seorang yang cukup dikenali dengan ketakwaan dan orang yang soleh demi mengambil keberkatan daripadanya. Mudah.-mudahan bayi itu akan mengikut jejak langkah beliau. – Rujuk kitab Tarbiyat al-Aulad, karya Abdullah Alwaan, jil. 1ms.77.