t>

Breaking News

Penyebaran Dokumen Langkah Kajang Adalah Palsu & Fitnah - PKR.


Sejak pagi tadi rupanya2 dah tersebar di wassap sebelum tersebar di laman2 sosial. Dan berikut kat bawah ialah penafian dari PKR. Menurut mereka, antara salah satu sebab yang menunjukkan dokumen tersebut adalah fitnah dan palsu ialah kerana nama yang digunakan tidak seperti yang selalu disebutkan oleh Rafizi.

Baca penafian mereka.

KENYATAAN MEDIA

20 Ogos 2014

DOKUMEN "LANGKAH KAJANG" YANG SEDANG DISEBAR ADALAH PALSU DAN FITNAH
Saya mendapat beberapa panggilan dan notifikasi pagi ini berkaitan satu dokumen kononnya ditulis oleh sdr Rafizi Ramli, pengarah strategi KEADILAN, berkaitan "Kajang Move/Langkah Kajang".

Saya mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan fitnah.

Malah, sesiapa sahaja boleh membaca laman blog sdr Rafizi sekitar waktu "Langkah Kajang" dimulakan dan akan mengesahkan bahawa beliau sendiri merujuk kepada strategi ini dengan nama "Serampang Kajang":http://rafiziramli.com/2014/01/serampang-kajang-selangkah-ke-putrajaya/

KEADILAN mengecam tindakan sebaran maklumat yang salah dan tidak bertanggungjawab oleh musuh-musuh politik kami. Usaha sebaran fitnah sebegini membuktikan politik di Malaysia masih belum cukup matang, dan musuh-musuh politik KEADILAN enggan berentap di tahap idea dan konsep, tetapi masih terperangkap di tahap politik fitnah dan lucah yang kuno.


Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN




Pihak2 yang masih beranggapan dokumen tersebut adalah tulen, benar dan sahih diminta berikan bukti2 berkaitan bagi membenarkan dakwaan masing2.





Kbai.