t>

Breaking News

Kronologi Kes Bayi Nur Imna Khalisa Meninggal Dunia Di Taska Permata Bonda Putrajaya.


TASKA PERMATA neh ada kena mengena dengan Rosmah Mansor ke apa?

Oke.

Aku petik kronologi neh dari berita semasa. Mula2 kecoh dengan satu screenshot yang tersebar di laman maya.

Lihat ;


Dan ini apa yang dituliskan oleh BS ;

Pukul 7:05 pagi : Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari telah hantar bayi Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11

Pukul 5:45 petang : Pada mulanya, hanya Nafisah Ahmad Jauhari dan anaknya Muhamad Zikri Rayyan berumur 5 tahun yang masuk ke premis taska Permata Bonda itu untuk mengambil semula bayi Nur Imna Khalisa. Manakala Muhamad Zamri Anuar dans eorang lagi anak prempuannya, Nur Airis Khadijah berumur 4 tahun tunggu di dalam kereta yang mana hanya sekitar 10 meter sahaja daripada taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya itu.


Tiba-tiba, Muhamad Zamri Anuar (34 tahun) dan isteri, Nafisah Ahmad Jauhari (32 tahun) melihat bayi Nur Imna Khalisa agak kaku dan kebiruan apabila sampai ke premis taska Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.


Bayi Nur Imna Khalisa dilihat keadaan terlentang di dalam tempat bayi dan terdapat semuat di leher dan dadanya. Pada keseluruhan badan bayi Nur Imna Khalisa ada tanda gigitan semut pada bahagian belakang badan, telinga dan bahagian mata serta hidung berdarah juga belakang berbirat kelihatan berbirat


Difahamkan Bayi Nur Imna Khalisa ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemantauan sejak dari pukul 3 petang. Bayi Nur Imna Khalisa tidak minum susu sejak pukul 3 petang lagi


Berita Semasa difahamkan bayi Nur Imna Khalisa telah meninggal dunia antara pukul 3 petang – 4 petang


Pada ketika ini, kes kematianNur Imna Khalisa meninggal dunia ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu. Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah. Amin.


Dan lagi ;

Informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11

Mempunyai 5 pengasuh

Menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah)


Seorang pengasuh telah ambil cuti sakit paha hari kematian Nur Imna Khalisa


Taska Permata Bonda terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini


Ibu bapa terus menghantar anak mereka seperti biasa


Pengusaha taska, Puan Noraini Binti Mat dikatakan telah menghilangkan diri pada ketika ini tanpa berjaya dikesan


Sumber : Berita Semasa.

- Lari pula pengasuh dia. Bila lari itu maksudnya dia bersalah. Kalau tak bersalah buat apa nak lari.

- Budak dah meninggal dekat sejam takde respon langsung. Gila kot.

- Mati angkara semut? Kenapa semut? Badan berbirat2. Kenapa berbirat2?

Apa2 pun kita biarkan dulu polis dan pihak berkenaan jalankan siasatan lanjut. Kesian kan kat mak bapak. Nak kerja pun ahti tak tenang. Tak kerja susah pula nak tanggung anak2. Kos sara hidup makin tinggi. Boleh aje si ibu dok rumah jaga anak. Tapi, sapa yang nak tong2 masa sesak. Beli beras la. Lauk la. Bayar macam2 bil la. Anak2 nak juga baju baru. Bukan kena bayar makan aje. Rumah. Pendidikan. Pakaian. Kadang2 budak2 nak merasa makanan ringan. Kadang2 teringin nak berjalan2. Kadang2 teringin nak permainan. Bukan murah kot kos penjagaan anak2. Haizh..