Ringkasan Intipati Bajet 2015 - #Bajet2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Bajet 2015 'pro-rakyat' yang meliputi pelbagai langkah mengurangkan beban kos hidup ini menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Berikut adalah ringkasan, rumusan dan intipati kandungan Belanjawan Negara 2015:
Jumlah bajet: RM273.9 bilion
Perbelanjaan mengurus: RM223.4 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM50.5 billion
Unjuran pertumbuhan KDNK
2015: 5.0% - 6.0%
2014: 4.5% - 5.5%
2013: 4.5% - 5.5%
2012: 4.5% - 5.0%
Unjuran hasil
2015: RM235.2 bil
2014: RM224.1 bil
2013: RM220.1 bil
2012: RM206.2 bil
Unjuran defisit
2015: 3.0% daripada KDNK
2014: 3.5%
2013: 4.0%
2012: 4.5%
Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan lebih daripada 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.
Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.
Kadar pengangguran kekal pada tahap 3.1 peratus, sama seperti
tahun lalu.
Untuk tahun 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal dijangka merosot kepada 3% daripada GDP.
Pendapatan cukai dan perbelanjaan
Projek infrastruktur
Cukai pendapatan
Bumiputera
Khidmat kesihatan
Kenaikan gaji MP
Pengurangan subsidi
Barangan dikecualikan GST
Insentif pekerja
Perumahan untuk belia
Pendidikan sekolah
RM800 juta untuk sekolah
Pendidikan tinggi
Pinjaman PTPTN
Industri kecil dan sederhana (SME)
Sabah dan Sarawak
Pertanian, perikanan
Esscom
Wanita
Kebajikan
Sumber Malaysiakini.
Teks penuh ucapan Bajet rujuk Berita Harian.
Belanjawan Negara 2015 versi Pakatan Rakyat pula rujuk laman web http://www.pakatanrakyat.my/.
Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
Sumber www.treasury.gov.my
Berikut adalah ringkasan, rumusan dan intipati kandungan Belanjawan Negara 2015:
Jumlah bajet: RM273.9 bilion
Perbelanjaan mengurus: RM223.4 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM50.5 billion
Unjuran pertumbuhan KDNK
2015: 5.0% - 6.0%
2014: 4.5% - 5.5%
2013: 4.5% - 5.5%
2012: 4.5% - 5.0%
Unjuran hasil
2015: RM235.2 bil
2014: RM224.1 bil
2013: RM220.1 bil
2012: RM206.2 bil
Unjuran defisit
2015: 3.0% daripada KDNK
2014: 3.5%
2013: 4.0%
2012: 4.5%
Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan enam SRI dilaksanakan. Keseluruhan pelaburan mencecah RM219 billion dan lebih daripada 437,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dibentuk.
Ekonomi negara berkembang dengan positif dalam keseluruhan sektor dengan pertumbuhan KDNK 6.3%.
Kadar pengangguran kekal pada tahap 3.1 peratus, sama seperti
tahun lalu.
Untuk tahun 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh di antara 5% dan 6% manakala defisit fiskal dijangka merosot kepada 3% daripada GDP.
Pendapatan cukai dan perbelanjaan
- Pendapatan kerajaan dijangka berjumlah RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.
- Unjuran hasil GST: RM23.2 bilion
- Kerugian dari barangan dikecualikan cukai: RM3.9 bilion
- Kerugian dari pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan: RM13.8 bilion
- Ini memberi jumlah RM5.6 bilion, di mana RM4.9 bilion daripadanya akan diagih semula dalam program kebajikan, termasuk BR1M.
- Jumlah hasil dari GST pada 2015 diunjurkan berjumlah RM690 juta.
- Latihan pengecualian cukai untuk GST akan diperkenalkan bagi syarikat.
- Sebanyak 532 barangan, atau 56% daripada indeks harga barangan pengguna, termasuk bahan makanan akan turun harga.
- Barangan lain akan melibatkan kenaikan harga kurang dari 10 peratus.
Projek infrastruktur
- Lebuh raya Sg Besi - Hulu Kelang RM 5.7 bilion
- Lebuh raya Taiping - Banting RM5 bilion
- Lebuh raya Damansara - Shah Alam RM4.2 bilion
- Jalan Lingkaran Luar KL 1.6 bil
- Naiktaraf rel pantai timur 150 juta
- MRT Selayang-Putrajaya 23 bil
- LRT3, Bandar Utama - Shah Alam - Klang RM 9 bilion
- Kompleks industri petroleum Pengerang RM69 bilion
- Internet jalur lebar berimpak tinggi, berjumlah RM2.7 dalam tempoh tiga tahun.
Cukai pendapatan
- Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan di antara 1 hingga 3 mata peratus - menyebabkan 300,000 pembayar cukai individu tidak perlu membayar cukai.
- Pembayar cukai dengan pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan akan dikecualikan dari membayar cukai.
- Cukai pendapatan individu akan distruktur semula. Kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.
Bumiputera
- RM600 juta untuk Ekuinas bagi meningkatkan pemilikan bumiputera dalam syarikat swasta dan berkaitan kerajaan.
- RM30 juta untuk skim permulaan perniagaan usahawan bumiputera.
- RM2 bilion untuk MARA bagi tajaan pendidikan bagi siswa bumiputera yang layak.
Khidmat kesihatan
- Pengecualian cukai dinaikkan dari RM5,000 kepada RM6,000 setahun untuk pesakit yang mengikuti rawatan untuk penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung.
- Pengecualian itu diberikan kepada pembayar cukai, pasangan dan anak-anak.
- Dua hospital baru akan dibina, Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak.
- 20 klinik kesihatan dan empat klinik pergigian akan dibina di Kuala Lipis, Pahang dan Kluang, Johor.
- Penubuhan lebih 30 klinik 1Malaysia, menjadikan jumlah 290 buah.
- Menggantikan 635 unit mesin hemodialisis di hospital kerajaan dan klinik untuk RM30 juta.
- Kerajaan juga menyediakan ruang di hospital kerajaan dan klinik kesihatan untuk menempatkan 244 mesin hemodialisis
- RM45.4 juta untuk menyediakan ubat kepada pesakit mengikuti rawatan hemodialisis kronik dan akut.
- Pembelian alat untuk membasmi wabak denggi dan juga mengedarkan 55,000 bahan ujian denggi ke klinik swasta dengan kos RM30 million.
Kenaikan gaji MP
- Kenaikan elaun MP Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinaikkan dari gred 54 ke gred Jusa C.
- Gaji dan elaun Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan mereka dinaikkan berkuatkuasa 1 Januari 2015.
- Kerajaan akan menyemak semula skim gaji anggota kabinet dan membuat keputusan pada masa sesuai, ini termasuk perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri.
- Bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 akan dibayar pada Januari 2015.
- Penerima pencen kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas RM250.
Pengurangan subsidi
- Satu mekanisme baru subsidi bahan api akan diumumkan tidak lama lagi, ekoran peningkatan jumlah kenderaan.
Barangan dikecualikan GST
- Semua buah-buahan tempatan
- Roti putih, bijirin penuh, kopi, teh, koko
- Mi, kuetiau, laksa
- Ubat-ubatan untuk rawatan 30 jenis penyakit termasuk jantung dan kanser
- Akhbar
- Buku mewarna
- Elektrik sehingga 300 KWH
- Diesel RON95 dan diesel
Insentif pekerja
- Akta Pekerjaan 1955 akan disemak semula bagi memastikan suasana kerja lebih baik termasuk pelantikan dan pemecatan.
- Peluang meningkatkan kemahiran dan bantuan kewangan sementara bagi pekerja yang diberhentikan melalui sistem insuran pekerjaan.
- RM300 juta untuk latihan teknikal dan bantuan pendidikan untuk anak muda India dari keluarga berpendapatan rendah.
Perumahan untuk belia
- Had pembiayaan untuk rumah pertama berharga tidak melebihi RM500,000 untuk pasangan beliau berusia di antara 25 hingga 40 tahun berpendapatan tidak melebihi RM10,000.
- Kerajaan akan sediakan bantuan RM200 sebulan kepada peminjam untuk dua tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran ansuran. Tempoh pinjaman maksimum 35 tahun.
- Kerajaan juga beri pengecualian 50% duti setem ke atas perjanjian pindah milik dan perjanjian pinjaman.
Pendidikan sekolah
- Peruntukan RM1.2 bilion untuk pendidikan vokasional untuk meningkatkan kemasukan ke institusi vokasional dan teknikal.
- RM100 juta untuk menyedia lebih banyak tempat di kolej vokasional.
- Pelepasan cukai untuk syarikat yang menyediakan biasiswa untuk sijil teknikal, latihan industri dan latihan profesional tambahan yang diiktiraf.
RM800 juta untuk sekolah
- Sekolah kebangsaan (RM450j), SJKC dan SJKT (masing-masing RM50j), sekolah agama (RM50 j), sekolah berasrama penuh (RM50j)
- Sekolah agama bantuan penuh kerajaan RM50 j
- MRSM (RM50 j)
- Sekolah pondok berdaftar (RM25 j)
- Sekolah menengah Cina jenis kebangsaan yang menggunakan sukatan kebangsaan (RM25 j)
- Bil air dan elektrik sekolah akan ditanggung sehingga RM5,000 sebulan
Pendidikan tinggi
- RM3 bilion untuk membiaya siswa
- RM1.9 bilion untuk Jabatan Perkhidmatan Awam
- RM759 juta untuk Kementerian Pendidikan
- RM258 juta untuk Kementerian Kesihatan.
Pinjaman PTPTN
- Rebat 10% bagi golongan yang membayar secara berterusan sehingga 31 Disember 2015.
- Diskaun 20% bagi peminjam yang membayar penuh sehingga 31 Mac, 2015.
- Isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah akan mendapat geran berjumlah sama jika menyumbang kepada Skim Simpanan Pendidikan Tinggi.
Industri kecil dan sederhana (SME)
- Dana RM375 juta, RM120 juta daripada sektor swasta
- RM80 juta untuk dana automasi
- RM500 juta untuk 5,000 usahawan India
- RM50 juta untuk usahawan bekas tentera
- Dana RM70 juta bawah SME Bank untuk mengeluarkan kenderaan elektrik. Sasaran awal pengeluaran 50 bas elektrik.
- RM50 juta untuk membangunkan jaringan kajian awam-swasta
Sabah dan Sarawak
- RM27 bilion untuk Lebuh raya Pan-Borneo (936km di Sarawak dan 727km di Sabah).
- RM262 juta untuk membiaya kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan dan dasar piawai harga.
- Dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah dan tiga di Sarawak
- RM19 juta untuk subsidi padi bukit
Pertanian, perikanan
- RM100 juta untuk menggalakkan tanaman padi di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan
- Peningkatan elaun sara hidup untuk nelayan (Zone A: RM300, Zon B: RM250
- Elaun bulanan RM200 untuk nelayan sepenuh masa
- RM60 juta untuk tambahan nelayan akuakultur dan sangkar untuk tempoh monsun
- RM250 juta untuk projek perumahan nelayan dan meningkatkan taraf kampung nelayan.
- RM500 bantuan one-off untuk pekebun kecil getah yang terjejas dengan kejatuhan harga.
- Pinjaman mudah kepada koperasi pekebun kecil bagi membolehkan mereka membeli getah secara terus dari pekebun kecil
- Insentif RM41 juta untuk pekebun kecil kelapa sawit.
Esscom
- RM230 juta (melalui program CSR Petronas) untuk peralatan berkapasiti tinggi.
- RM50 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Lahad Datu untuk membolehkan pesawat berkapasiti tinggi mendarat.
- Pemindahan berperingkat-peringkat untuk kampung air di Semporna dan Sandakan.
Wanita
- Pengarah wanita akan dilatih untuk mengisi kekosongan sebagai anggota lembaga GLC dan sektor swasta.
- Program untuk surirumah bagi menggalakan wanita kembali bekerja
- Program bawah Talent Corp untuk membantu profesional wanita kembali bekerja
- RM30 juta untuk Amanah Ikhtiar Malaysia bagi menggalakkan keusahawanan di kalangan wanita India
- Hak cuti menjaga anak tidak lagi terhad pada tempoh cuti bersalin
- Kerajaan mempermudahkan syarat majikan menyedia pusat jagaan anak
Kebajikan
- Bantuan kewangan RM1.2 bilion untuk keluarga miskin, golongan warga emas dan OKU.
- Elaun OKU dinaikkan dari RM50 kepada RM350 sebulan (bekerja) dan RM200 (tidak bekerja).
- Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk keluarga dengan anak OKU, meningkat dari RM5,000.
- Pengecualian cukai sehingga RM6,000 untuk membeli alat bagi golongan OKU, termasuk pembayar cukai, pasangan, anak dan ibu bapa (meningkat dari RM5,000).
- Elaun makanan harian untuk institusi kebajikan meningkat dari RM8 kepada RM16 setiap penghuni.
- Tambahan lima pusat kegiatan warga emas dan khidmat jagaan, termasuk pengangkutan percuma ke hospital.
- RM711 juta untuk pendidikan awal, termasuk Perumahan PERMATA.
- RM1.3 bilion untuk Program Perumahan 1Malayaisa. Syarat disemak semula kepada had pendapatan isi rumah RM10,000 (meningkat dari RM8,000).
- Skim sewa beli untuk golongan yang tidak mendapat pembiayaan bank.
- RM644 juta untuk membina lebih banyak Projek Perumahan Rakyat.
- Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat, 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di tanah milik sendiri.
Sumber Malaysiakini.
Teks penuh ucapan Bajet rujuk Berita Harian.
Belanjawan Negara 2015 versi Pakatan Rakyat pula rujuk laman web http://www.pakatanrakyat.my/.