Shahidan Kassim Sedih Gaji Menteri Tidak Dinaikkan.
Gaji puluh ribu sebulan pun nak rasa sedih. Tak faham aku. Gaji besar. Duit banyak. Takde masalah kewangan. Bersyukur la. Nak dibandingkan dengan orang yang gaji bawah 3k sebulan. Ada banyak tanggungan. Kalau jenis yang banyak anak lagi sakit kepala. Aku tatau berapa ramai rakyat yang bukan sahaja sedih bahkan pecah otak untuk cari duit tambahan bagi menampung kenaikan kos sara hidup.
Ini baru la contoh yang betul bagi merujuk kepada seorang manusia yang tak reti bersyukur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau sedih kerana kenaikan gaji para menteri tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2015.
Namun, beliau tetap menyambut baik kesediaan perdana menteri untuk menyemak semula gaji anggota kabinet pada satu masa kelak dalam pembentangan semalam.
"Kita terimalah walaupun dalam hati kita cakap sedih juga tapi kita terima.
"Tapi biarlah kita bagi orang lain pemimpin di peringkat Parlimen itu perubahan gred - dari gred 54 ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan parlimen.
Kenyataannya itu merujuk kepada pengumuman perdana menteri untuk menaikkan gaji para MP, speaker serta timbalan speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara. -MKINI-