Mayat Ditemui, Serpihan Disahkan Dari #QZ8501 - Usaha Mencari & Menyelamat Diteruskan.
Ini adalah laporan terkini dari saluran media Indonesia, Bernama dan The Star.
1. Beberapa penemuan serpihan yang dipercayai milik Air Asia kini disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia. Serpihan itu ditemui pada waktu pagi (9 - 10 pagi) dan menjelang tengahari (12 - 1) oleh pasukan SAR yang disertai oleh 3 buah negara. Diketuai oleh pasukan SAR dari Indonesia. Dibantu oleh pasukan SAR dari Singapore dan Malaysia.
2. Ini info grafik berkenaan penemuan terkini tentang #QZ8501 ;
3. Ini ialah peta yang menunjukkan kedudukan serpihan pesawat Air Asia #QZ8501 ketika ditemui.
4. Dan TVONE Indonesia mengesahkan 21 penyelam telah turun ke tempat serpihan ditemui dan menemukan 6 mayat.
5. Kesemua mayat tersebut telah diangkat dan dialihkan menggunakan kapal tentera laut Indonesia.
6. Indonesia juga mengiatkan pasukan mencari di lokasi kejadian susulan penemuan 6 mayat tersebut.
7. Tumpuan kini kepada mencari mayat penumpang dan anak kapal, pesawat, dan kotak hitam bagi menyiasat punca nahas.
Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.