Pasca Banjir - Diserang Dengan Parang Kerana Makanan.
Lepas zohor saya di kunjungi sekumpulan NGO dari KL yang sangat hebat ... mereka turun rumah dari KL pukul 4.00 pagi tadi bersama barang2 bantuan untu membantu misi kita ... TAHNIAH untuk Azila dan family ...so kebetulan masa tu saya nak pecut ke Kampung Tualang dan kampung2 pedalaman kuala krai maka saya bawak mereka terus bersama saya ...
Kami sebenarnya tak makan apa2 lagi dari pagi masa tu ... tak terlintas nak makan dan tak rasa nak makan ... urusetia ada bekalkan nasik 5 bungkus tapi sampai lokasi mangsa, kami bagi semua nasik untuk kami tu ... tak sampai hati dan tak sanggup lagi dah nak makan ... mereka dah 6 hari tak dapat apa2 bekalan ...
Tersadai di ma'had tahfiz jauhhhh di pedalaman ...
Pusat tahfiz tu bukan pusat perpindahan banjir berdaftar dan semalam mereka bagi tahu mereka diserang dengan parang oleh orang kampung sebelah yang jauhhhh di lagi ke pedalam kerana yg satu lagi tu dapat tahu mereka di ma'ahad tahfiz tu mewah dengan makanan walhal mereka hanya minum air hujan dan tak dapat apa2 bantuan pun ...
Dalam hati saya bila keadaan terdesak kemarahan dan nafsu akan menguasai ... So sempatlah bagi tazkirah sikit pesanan dan nasihat agar sentiasa redha, solat jgn tinggal dan beroa ... jangan bergaduh ...
Nasib baik ada bawak jugak bekal makanan ... esok kami datang dengan lori ya ... InsyaAllah ...
------------------------
Saya dan Dr Hadi tak sangka akan jadi macam ni ... sekarang seluruh negeri kelantan macam refer kat kami untuk edarkan barang2 bantuan mahupun untuk serahkan barang2 ...
Ya Allahhhh ... takutnyaaaaaa ... rasa macam tak termampu nak buat ...
Kalau tuan2 pergi sendiri ke lokasi banjir ni ... tuan2 akan tahu sendiri kebanyakan tempat tu 6 bulanpun belum tentu boleh jadi seperti biasa.
Ada tadi terjumpa seorang mangsa berjalan2 sorang2 dengan lumpur penuh badan ... saya tanya nak kemana ni ? Dia kata tak tahu ... rumah dia dah takde ..
.
So kerja kita ni bukan seronok2 ... bukan nak dapatkan nama atau penghargaan sesiapa ... Hanya satu je ... ATAS DASAR KEMANUSIAAN ...
Kepada anak-anak atau saudara mara mangsa yg berada di luar kelantan ambillah masa untuk pulang bercuti sekejap sehari dua lagi sama2 rasai derita dan sama2 plan untuk bantu ya ...
It's so terrible !
------------------------------
Menarik baca posting2 Raja Shamri di laman facebook. Rujuk sini. Bagi mereka yang ingin sangat menghulurkan bantuan, menjadi sukarelawan, ada kenderaan, boleh la berbuat demikian dengan menghubungi Raja Shamri. Sesungguhnya mereka memerlukan pelbagai bantuan dari kita. Tak kisah la kita nak bantu macam mana pun janji kalau kita ada kemampuan, kita hulurkan bantuan yang sepatutnya.
Selain dari itu, aku juga tertarik nak SHARE, kandungan2 mesej yang disebarkan oleh Raja Shamri ketika musibah banjir berlaku. Korang boleh nilaikan disini betapa teruknya keadaan banjir di Kelantan sehinggakan pasukan sukarelawan di bawah agensi kerajaan pun tak termampu nak membantu disebabkan kekurangan tenaga, fasilitis dan juga kemampuan yang terhad. Itu tak masuk faktor cuaca teruk dan air yang dalam.
Baca la rayuan dan rintihan mereka yang meminta pertolongan setelah dipinggirkan akibat terperangkap di lokasi2 tertentu disebabkan banjir. Nasib baik la WASSAP jenis MEDIA SOSIAL yang boleh BEROPERASI dengan internet coverage yang paling RENDAH sekali.
Baca ;
Dan ini pula 'halangan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan' ;
Ini bukan untuk mencari salah sesiapa atau sedang menunding jari. Ia sekadar pengalaman yang ingin dikongsikan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Dan bila Muhyiddin Yassin sendiri umumka bahawa SOP untuk hadapi musibah banjir perlu dikaji jelas la dekat situ bahawa TPM sendiri menyedari kekurangan2 yang ada pada SOP sedia ada.
Mari kita belajar sesuatu dari musibah ini.