t>

Breaking News

Passport Alvin Tan & Ali Abd Jalil Ditarik Balik, Kita Tidak Akan Bertolenrasi Lagi - Ketua Pengarah Imigresen.


Pasport penulis blog seks Alvin Tan dan aktivis Ali Abd Jalil yang mendapat suaka politik di luar negara ditarik kembali kerajaan Malaysia hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kedua-dua individu ini sudah tidak boleh "ditoleransi" lagi.
"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa pada satu sidang media di Putrajaya hari ini. – TMI.

- Yang cabar suruh tarik balik tempoh sah passport tue si Alvin aje.

- Tapi dengan si Ali pula, kerajaan jadikan mangsa.

- Ali neh mangsa orang2 politik.

- Ali lawan monarki sebab monarki tak berperanan kat negara neh.

- Alvin Tan maki kerajaan sebab isu peribadi. Isu seks, isu dia provokasi agama dan kaum orang lain. Isu dia berlagak. Alah isu2 picisan yang satusen takde kaitan dengan perjuangan rakyat ataupun membina Malaysia yang lebih baik.

- Berbeza dengan Ali yang berjuang untuk mendapatkan sebuah negara yang lebih adil dan tanpa mendiskriminasikan apa2 kaum dan agama di negara neh dan juga melawan kelas2 yang memisahkan manusia ikut darjat.

- Tak logik langsung kerajaan memangsakan Ali atas cabaran Alvin terhadap Zahid Hamidi.

- Dorang neh betul2 takde kerja.

- Dan. Pelik tak pelik la juga. Dalam Utusan semalam memberitahu bahawa Alvin merupakan satu ancaman.

- Kepala bana kaw la. Ancaman apa benda? Dia hanya la seorang manusia biasa saja. Dia bercakap pongpang2 pun kalau kerajaan tak layan tak jadi hapa.

- Aku boleh nampak dah pemikiran kerajaan kau neh macam mana.

- Ancaman sebenar bukan la pada kadar jenayah yang semakin tinggi, masalah PATI, masalah pengangguran, masalah sosial, masalah buang bayi, gangsterism, pinjaman ALONG, samun, ragut tapi masalah sebenar ialah jika kita membidas kerajaan, UMNO, BN, menteri dan monarki, itula baru dianggap ancaman oleh negara kita.

So semua, ahti2 sikit.

HAHAHA..