t>

Breaking News

Sorok Cukai Jalan Kerana Bimbang Suami Curang.


Seorang isteri bertindak menyembunyikan cukai jalan dan dokumen kenderaan suaminya dipercayai kerana cemburu dan takut suaminya curang.

Kejadian yang pelik tapi benar itu didedahkan sendiri oleh lelaki tersebut yang berusia 30 tahun, ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dijalankan di Segamat Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Supt. Mohd Kamil Sukarmi, lelaki tersebut yang ketika ditahan menunggang motosikal berkata isterinya menyimpan cukai jalan dan dokumennya di dalam almari kemudian bertindak mengunci almari terbabit.

Tindakan isterinya itu menyebabkan si suami tidak dapat memperbaharui cukai jalanya dan terpaksa keluar dari rumah tanpa dokumen dan cukai jalan.

Menurut penunggang itu juga, dia pernah menyembunyikan cukai jalannya di tempat rahsia tetapi isterinya tetap berjaya mengesan cukai jalannya itu.

Si isteri akhirnya bertindak 'merampas' cukai jalan itu sekaligus menghalang si suami memperbaharui cukai jalannya.


Sumber : Siakap Keli.