Benarkah Akta CRC YG Malaysia Tandatangani Melarang Ibu Bapa Tentukan Agama Anak Mereka? Ini Jawapannya.
Ya dan tidak.
Apa itu YA dan apa itu TIDAK?
YA.
Akta CRC yang Malaysia bersetuju untuk tandatangani melarang mana-mana ibu bapa memaksa anak-anak untuk mengikut kepercayaan mereka jika ANAK-ANAK tidak MAHU mengikut atau mempercayai agama atau ajaran tersebut.
TIDAK.
Tidak pula akta berkenaan melarang ibu bapa menentukan agama anak selepas mereka dilahirkan dan melakukan kesemua proses yang membabitkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing2.
Maksudnya. Ibu bapa boleh mengkhatan anak2 sendiri, ajar mereka mengaji, bimbing mereka tentang agama dan kepercayaan, latih mereka bersolat, ajarkan mereka tentang keterangan agama dan memimpin mereka agar mereka tidak tinggalkan suruhan agama.
Namun. Jika anak-anak ini telah sampai satu tahap TIDAK MAHU mengamalkan apa yang dianjurkan oleh ibu bapa ke atas mereka, anak-anak ini BERHAK bersuara.
Tapi ikut keadaan semasa, ada ke budak2 yang bawah umur 18 tahun nak murtad jika keluarga membimbing mereka dengan betul? Biasa yang murtad neh 18 tahun dan ke atas. Apabila sudah bebas, sudah bergaul secara terbuka, bercampur sana sini, terpengaruh sana sini, baca itu ini, baru la mereka buat keputusan untuk murtad, ye tak?
Tentang CRC baca sini untuk rujukan lanjut : Soal jawab akta CRC.
Apa pun, penulisan ini adalah untuk menjawab apa yang tersebar menerusi aplikasi whatsapp kat bawah neh. Sumber tak diketahui. Takde nama penulis atau link rujukan. Hanya sebaran whatsapp.
Baca la ;
Dengan tajuk di dada akhbar hari ini berbunyi “Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah” dan menteri menyebut bahawa “hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC)” maka saya ingin mengimbau kembali ancaman dari kerja-kerja jahat COMANGO.
Saya ingin kongsikan kiriman yang telah saya tulis setahun lalu yang saya salinkan semula di bawah ini. Apakah benar juga bahawa Ancaman Comango dijangka berterusan?
Anda MESTI TAHU Ancaman COMANGO
Mungkin ramai lagi yang masih sangsi sejauh manakah ancaman COMANGO ini. Masih ada di kalangan masyarakat yang tidak tahu pun ada isu penting yang mengancam umat Islam di Tanah Air ini. Masih kedengaran hadirin yang terkejut dan baru sedar apabila kami lakukan sesi penerangan di seluruh Negara tentang ancaman tuntutan COMANGO.
Bicara tentang COMANGO ini bermula dari satu proses Semakan Berkala Sejagat PBB di Geneva (baca: Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?). COMANGO adalah gabungan beberapa buah NGO di Malaysia yang telah menghantarkan beberapa tuntutan yang terkandung pelbagai ancaman terhadap kedudukan Perlembagaan Persekutuan dan umat Islam keseluruhannya (baca: Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia? dan juga Tuntutan COMANGO Menyanggah Perlembagaan Persekutuan).
Namun dalam pada terdapat ancaman-ancaman sedemikian, masyarakat awam masih ramai yang tidak peka dengan ancaman ini dan tidak kurang pula yang skeptik terhadap sesi penerangan yang dibuat oleh NGO-NGO Islam, termasuk gabungan NGO-NGO Islam seperti MuslimUPRo (klik https://www.facebook.com/muslimupro).
Dalam pada itu, Negara kita gempar membaca laporan ibu bapa Melayu ditahan di Sweden Disember 2013 kerana dikatakan memukul anak mereka untuk solat. Ramai yang memberi pelbagai komen. Tetapi tidak ramai yang maklum bahawa apa yang berlaku ke atas pasangan Azizul dan Shawati jauh di Sweden itu sebenarnya bakal akan berlaku di Malaysia. Ianya bakal menyumbat ramai ibu bapa ke penjara dalam masa yang terdekat … jika antara tuntutan COMANGO di Geneva terlaksana.
Apakah di antara tuntutan COMANGO tersebut? Di dalam cadangan yang paling utama yang terkandung dalam laporan COMANGO kepada UNHRC untuk UPR pusingan kedua Malaysia bertarikh 11 Mac 2014 dipetik sebagai berikut:
Recommendations:
1.1. Remove all reservations and declarations on CEDAW, CRC and CRPD.
CRC yang disebut dalam cadangan mereka ialah Child Rights Convention untuk perlindungan kanak-kanak. Malaysia telah menanda tangani CRC namun, Malaysia tidak melaksanakan sepenuhnya tuntutan-tuntutan di dalam konvensyen tersebut.
Apakah perkara yang belum Malaysia laksanakan? Di antara perkara yang belum Malaysia laksanakan ialah Perkara 14 yang memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih agama mereka sendiri dan ibu-bapa yang menetapkan agama ke atas kanak-kanak mereka boleh dikenakan hukuman.
Suasana ini amat bercanggah dengan hadith Nabi s.a.w. bahawa “Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (bertauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Hadith sahih tersebut jelas meletakkan tanggung jawab ke atas kedua ibu-bapa.
Apakah IMPLIKASI jika Kerajaan menuruti desakan COMANGO untuk melaksanakan seluruhnya CRC tersebut?
1. Menjadi kesalahan bagi orang yang mengazankan ke telinga kanan dan iqamat ke telinga kiri bayi yang baru lahir kerana itu adalah menetapkan agama ke atas bayi yang dilahir itu.
2. Ibu bapa boleh dijatuhkan hukuman apabila mengkhatan anaknya.
3. Ianya juga menjadi kesalahan untuk ibu bapa bayi untuk melakukan aqiqah dan seumpamanya kerana itu termasuk dalam kategori menetapkan agama bagi kanak-kanak ini.
Jika ini berlaku nanti, maka berjayalah satu lagi tuntutan yang sudah lama mereka desak. Dahulunya melalui Inter Faith Council (IFC), kemudian bertukar pelbagai wajah. Sebagai penerusan agenda musuh kita ini, kini mereka menggunakan jarum COMANGO untuk mendapat v dari luar Negara ke atas Tanah Air tumpah darah ku ini. (baca: COMANGO – Talibarut Asing?)
Maka terlaksanalah hajat mereka.