t>

Breaking News

PAS Sensitif Tak Bertempat, Persoalkan Kenapa Pelukis Melukis Gambar Belakang Agong & Permaisuri.


Pelukis Malaysia, Vincent Leong yang menghasilkan karya kontroversi mempamerkan sisi belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam satu pameran di Singapura, bulan lalu, perlu memberi penjelasan terbuka mengenai motif beliau menghasilkan karya seperti itu.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, sepatutnya sebagai pelukis, banyak lagi lukisan kreatif dan positif yang boleh dilakar oleh Leong.

“Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur.

"Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia,” katanya.

Lukisan berkenaan dipamerkan di pameran seni Art Stage Singapore 2015 pada 22 hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura. - Sinar Harian


Alahai PAS. Sensitif tak bertempat. 

Melukakan ahti Malaysia? Bagaimana dan kenapa pula nak rasa terluka melihat gambar seperti di atas? Aku tengok gambar di atas. Lebih kurang 2 hingga ke 3 minit lamanya. Tak rasa terluka langsung. Sebaliknya aku rasa aku faham simbolik yang cuba disampaikan oleh pelukis karya tersebut.

Tengok gambar ini ;



Semacam ada sesuatu yang ingin disampaikan. Jika aku tak silap la ;

Gambar monarki terbalik mencerminkan bagaimana monarki 'membelakangkan' rakyat Malaysia yang tertindas dengan kezaliman pemerintah seperti pemimpin BN. Gambar belakang menunjukkan sikap ketidakpedulian mereka terhadap suara dan rintihan kita yang kena tindas hari demi hari.

Harga rumah mahal. GST lagi. Mana monarki? Mana suara mereka? Kenapa biarkan rakyat ditindas oleh BN tue?

Gambar tugu negara terbalik pula menunjukkan kemerdekaan yang 'terbalik' dari ertikata sebenar. Kononnya kita merdeka. Kalau merdeka kita sepatutnya bebas dari penindasan para penjajah dan pemerintah. Tapi merdeka hapa macam neh. Lepas penjajah tindas, pemerintah pula sambung menindas. Merdeka kah kita?

Gambar keris bengkok pula menunjukkan semangat kemelayuan yang diserap atau diresap melalui simbolik keris tersebut sebenarnya tidak betul laluan mereka. Konon pertahankan hak melayu. Hak bumiputera. Tapi adakah sampai perlu menindas rakyat melayu biasa (yang tiada pangkat, bukan kroni, bukan nepotisme, tidak pandai merasuah, tidak pandai membodek dan sebagainya) dan rakyat bukan melayu lainnya di Malaysia? Konon pertahankan hak melayu, mereka buat polisi itu ini tetapi manfaatnya ke atas rakyat lebih kurang indah khabar dari rupa. 

Lebih ramai melayu semakin miskin dan merempat, lebih banyak bukan melayu tampil mempersoalkan polisi yang tidak adil sedangkan kadar kemiskinan di Malaysia dijuarai oleh orang2 melayu itu sendiri dan bila bukan melayu mempersoalkan polisi 'bias' mereka dikatakan mahu merampas hak melayu tetapi sedar kah kita bahawa polisi tidak adil itu sebenarnya lebih banyak menindas orang melayu berbanding bukan melayu? 

Memang la patut bengkok kerisnya itu digambarkan bagi menunjukkan betapa kata-kata hidup melayu adalah manifesto penipuan semata-mata di negara ini.

Dengar khabarnya pula, pelukis tersebut berdepan dengan tindakan siasatan kerana dikatakan menghina. 

Tidak la aku pelik kalau UMNO, PERKASA dan geng2 seangkatan mereka yang meroyan sakan dengan perbuatan yang biasa-biasa je tue.

Tapi ini PAS pun turut meroyan sama?

PAS dah gila ke?

Kau ingat Agong kisah dengan tindakan kau?
Kau ingat Agong peduli tentang masalah rakyat tertindas?
Yang diulit penindasan kapitalisme sana sini?
Bodoh la lue PAS.
Kita sayang Allah sebab Allah sayangi kita terlebih dahulu. Bagi nyawa bagi rezeki. Apa jadahnya kita nak sayang monarki kalau kita tak pernah jadi subjek penting dalam kehidupan mereka pun?

Bangang punya PAS.

HA HA HA