Isu Boikot Peniaga Cina - Mahathir Pula Kritik Menteri Pertanian - Ahli UMNO Nak Sokong Siapa?
We all Ismail Sabri? Sure ke? Nampak macam memperbodohkan diri korang je wahai puak2 UMNO. Kalau la sungguh kenyataan Ismail Sabri adalah untuk menyeru kepada boikot peniaga tamak, takde sesiapa pun yang akan marah atau kritik tindakan tersebut. Almaklumla peniaga tamak = sapa suka? Tapi bila fikir2 balik, kalau peniaga tamak itu geng2 UMNO mungkin mereka akan suka dan sokong. Almaklumla, mereka kan sokong semuanya tindakan kerajaan menaikkan harga macam2 di negara ini termasukla cukai GST. Siap ada ulama keluarkan statement harga barang naik ketentuan Allah. Kenapa pula taknak cakap peniaga tamak yang enggan turunkan harga barang juga ketentuan Allah? Mungkin akan ada dan terpakai kat puak2 UMNO kalau geng2 UMNO yang menguasai bidang perniagaan.
HA HA HA
Masalahnya sekarang. Menteri Ismail terang2 SPIN bila dah kantoi. Mengaburi perhatian rakyat apabila dia terbukti menulis boikot peniaga cina, cina tindas melayu, mempersoalkan status halal Old Town White Coffee (memperlekehkan kredibliti JAKIM) dan memfitnah Ngeh Koo Ham. Semua orang boleh baca dan nilai sendiri kenyataan menteri tersebut. Hanya yang BODOH dan BANGANG nak MAMPOS jek akan sokong kenyataan tersebut.
Orang yang cerdik akan laju2 tidak menyokong kenyataan bangang itu kerana peniaga tamak tidak mengenal bangsa dan agama bahkan pengguna yang tertindas juga tidak mengira bangsa dan jantina. Dia dah kantoi gunakan ayat salah sekarang tagih simpati dari para penyokong dia yang bengap.
Menteri kau lupa bawa akal masa menaip di facebook. Itulah lama sangat simpan dalam almari. Dah karat kot akal dia.
Kenyataan Ismail itu juga turut dibidas Mahathir tau. Mahathir kan pemimpin kesayangan malaon2 UMNO. Sekarang korang nak sokong sapa? Sokong Ismail ka atau sokong Mahathir? Nampak? Nampak?
Bekas perdana menteri 22 tahun pun nampak kenyataan Ismail Sabri tue bangang dan jenis cakap tak guna otak. Lagi mao sokong. Bodohnya lahai puak2 UMNO neh.
MUAHAHAHA..
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob kerana membuat kenyataan berbaur perkauman mengenai perniagaan kaum Cina, mengatakan harga barangan yang naik tiada kaitan dengan kumpulan etnik peniaga.
Bekas perdana menteri itu berkata, daripada memainkan isu perkauman, Menteri Perniagaan dan Industri Asas Tani itu sepatutnya mencari punca sebenar masalah yang dihadapi.
"Itu cara yang negatif menyelesaikan masalah. Cari puncanya," katanya pada satu sidang media di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
"Mungkin dia tak fikir apa dia cakap, kalau dia fikir baik-baik, dia tak akan kata boikot barang jualan orang Cina," katanya.
Dr Mahathir berkata, isunya bukan tentang Cina atau Melayu, kerana terdapat peniaga Melayu dan India juga yang tidak menurunkan harga barang jualan mereka.
"Ini bukan tentang Cina, Melayu atau sesiapa saja, ini tentang barangan, bukan sahaja yang dijual oleh orang Cina... India, Melayu juga menaikkan harga barang, mereka tak turunkan harga barang.
"Ini bukan tentang Cina atau Melayu, ini tentang harga minyak yang turun tetapi harga barang tidak turun." -TMI.