t>

Breaking News

Presiden Paling Bodoh Di Dunia - Jatuh Pun Nak Salahkan Orang.


Sudah hampir 2 hari gambar Mugabe kejam jatuh jadi bahan lawak di media sosial. Tah macam mana tah dia jalan, dia jatuh dan aksi berkenaan sempat dirakamkan oleh jurugambar dan viral di laman sosial sejurus diupload ke media online.

Apa yang lebih bangang ialah, dia sendiri jalan tak betul, dia nak salahkan orang lain. Kaki sendiri, jatuh pun salah sendiri tapi dia pergi pecat 27 pegawai yang tak kena mengena dengan insiden tersebut atas alasan bangang. 

Seramai 27 pengawai pengiring digantung tugas kerana gagal menyelamatkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe daripada terjatuh.

Menurut Dailymail UK, kejadian berkenaan menyebabkan beberapa gambar Mugabe terjatuh dijadikan bahan jenaka di internet.

Foto-foto tersebut yang telah diubah dan ditambah dengan elemen-elemen jenaka tersebar di dunia maya, dikenali sebagai 'meme' dan disertai oleh hashtag #MugabeFalls.

Sementara itu, portal berita Zimbabwe, The Standard melaporkan, kejadian tersebut membuktikan pengawal 'tidur', tidak memahami asas pengawalan dan gagal berada tiga kaki dari kedudukan Presiden.-SH-