t>

Breaking News

Gagal Bayar Gantirugi Saman Fitnah Kepada Air Asia - Blogger UMNO Ini Mungkin Diisytihar Muflis.

Baju Merah.

Blogger pro-Umno Salahuddin Hisham mungkin diisytihar muflis jika gagal membayar ganti rugi kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, yang memperolehi penghakiman terhadapnya dalam satu kes saman fitnah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Salahuddin kerana gagal membayar RM5 juta bagi ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur September lalu memberikan jumlah tersebut kepada AirAsia selepas Salahuddin didapati bersalah atas tindakannya.

AirAsia juga memperoleh injunksi terhadap penulis blog itu supaya tidak mengulangi perkataan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, butiran saman tersebut masih belum diperolehi.


Sumber.