Inilah Wajah & Identiti 2 Rakyat Malaysia YG Penggal Kepala Rakyat Syria.
Harap kedua-dua rakyat Malaysia berkenaan dapat dibawa pulang hidup2 untuk kita semua tahu kebenarannya. Betul ke mereka terlibat dalam aktiviti keganasan tersebut dan apa tujuannya. Bagaimana mereka dipengaruhi dan tergamak melakukan hal berkenaan. Betul ke semua tebusan yang ditahan itu benar2 wujud ataupun lakonan semata. Kalau dah sebegini jauh mereka terlibat mesti dorang tahu serba sedikit. Aku teringin nak dengar versi cerita dari pihak dorang.
Baca ;
Sebelum ini beredar di laman sosial tentang kelibat dua orang lelaki yang dikatakan rakyat Malaysia yang berada di dalam rakaman video yang memenggal kepala seorang rakyat Syria.
KElibat dua lelaki itu telah dikenalpasti dan didedahkan kepada pihak media dan perkara ini telah disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, di Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay.
Ia berdasarkan rakaman klip video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh yang memaparkan wajah mereka ini.
Dua pemuda rakyat Malaysia tersebut adalah Mohd Faris Anuar, 20, dari Gurun, Kedah dan Muhamad Wanndy Muhamad Jedi, 26, dari Durian Tunggal, Melaka.
Menurut Ayub Khan, video tersebut adalah merupakan rakaman pertama yang diperolehi oleh pihak PDRM yang menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktivi penggganas seperti itu.
Menurut maklumat, Mohad Faris yang berasal dari Gurun, Kedah tersebut telah ke Syria pada 23 September tahu lalu manakala Wanddy dari Melaka telah tiba di Syria pada 26 Januari lalu.
Akaun Facebook memaparkan video tersebut bagaimanapun sudah tidak lagi aktif hari ini.
Mereka bukanlah hanya rakyat Malaysia yang dikenalpasti terlibat dalam aktiviti ini kerana dipercayai ramai lagi rakyat Malaysia telah berada di sana termasuk beberapa kakitangan awam.
Sumber.