t>

Breaking News

Kerana Selfie Gedik Atas Katil, Dyana Sofea Dikutuk Kaw2.

Membaca di laman rasmi facebook Dyana Sofea ketika ini. Kau semua akan jumpa kritikan dan sindiran demi sindiran ke atas batang tubuh Dyana Sofea. Ini kerana satu gambar yang sebenarnya tak la kontroversi pun. Tapi ada yang beranggapan ianya layak dikutuk.

Gambar yang dimaksudkan ;


Dyana Sofea mendapat kritikan negatif dari pengomen2 muslim. Namun rata2 non muslim menyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada Dyana dalam posting berkenaan.

Antara yang mengkritik ;


Bahkan siap ada yang menyindir2 lagi. Bila Dyana dan Zairil mahu membuat laporan polis atas penyebaran gambar intim mereka yang dikatakan 'politik kotor' in order bagi membolehkan polis menyiasat siapakah individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan. Betul ke kerja orang UMNO. Atau, kita tersalah upload.

Ha Ha Ha

Berbalik kepada tajuk artikel, Dyana post gambar comel dan gedik (manja) macam tue sebab satu kempen kemanusiaan.

Ini kempennya.


Tangkap gambar selfie bangun tidur. Upload ke media sosial dan tag la MarieClarie tue sekali. Setiap satu selfie kau akan membuatkan MC sumbang 10.00 atas nama bantuan kemanusiaan bagi melindungi hak-hak wanita.


Ada juga yang salah anggap. Mereka ingat semua gambar2 di atas adalah Dyana. Padahal Dyana hanya dalam gambar keempat aje. Mungkin view guna smartphone. Maka tak jelas. Bila aku try view melalui smartphone aku dapati memang aku pun akan fikir itu semua adalah Dyana jika tak godek betul2 gambar tue. Itu salah satu sebab juga kenapa dia kena kutuk kaw2. Padahal yang pakai seksi apa bagai itu bukan dia pun. Salah anggap jek neh.

Tapi siyes la. Aku rasa Dyana kena ubah kalau dia nak jadi ahli politik yang agresif. Bukan aku suruh dia ikut jejak Nurul Izzah dalam berpolitik. Dia ada cara dia sendiri. Nurul pun ada caranya sendiri. Tapi biarla cara2 kita tue lebih kepada semakin lama semakin orang nampak dan respect kita sebagai ahli politik. Cara Dyana neh buat aku celaru dan keliru. Dia neh ahli politik ke atau ahli simpanan DAP? Bila DAP perlukan dia maka DAP akan gunakan khidmat Dyana sehabis baik bagi memanipulasikan elemen melayu yang ada dalam diri Dyana ke macam mana?

Jika bukan maka jadi la ahli politik yang agresif. Masa sekarang mula rangka perlawanan dan strategi. Cari dan buat satu cause perlawanan. Takde point? Takpe. Petik je point2 dalam blog aku bersepah aku bagi percuma kepada mana-mana ahli politik untuk guna asal sahaja korang berperanan melawan bagi pihak rakyat dan menentang kezaliman. Itu jek upah yang aku harap sebab jika ahli2 politik bersama rakyat maka semakin cepat la matlamat untuk kebaikan rakyat boleh dicapai. Kan?

Dyana ialah ahli politik muda. Aku rasa dia patut perjuangkan cause-cause yang membabitkan pendidikan negara kerana cause-cause ini sangat berat dan mengambil masa yang sangat panjang untuk kita (aku) lawan.

Aku harap Dyana boleh pertimbangkan cadangan aku. Bab2 seflie ke jadi model ke apa semua neh entah la. Aku jujur cakap. Aku celaru. Sungguh pun aku tak setuju dengan kritikan melampau mereka terhadap Dyana tapi aku pun tak fikir aku ada apa-apa hujah yang boleh membanggakan Dyana selaku ahli politik pun. Bahkan, hmmm.. tatau patut cakap ke tidak.. Dyana kena waspada dengan orang sekeliling. Manusia depan2 puji, belakang2 kutuk kita pun ada. Fikir2kan la ek.

Bai.