t>

Breaking News

Sebar Riwayat Palsu - Kazim Bangkit Jawab MAZA - Roti Jala Tue Bahasa Kiasan Je..

Jenis taknak mengaku salah walaupun dah terang kita sertakan bukti lagi tue. Alahai UKE. Nak juga menang ye kau. Yang sokong kau mesti jenis yang sokong penyebar hadis palsu juga. Aku ingat lagi. Masa aku kecik-kecik. TV3 bukan sahaja menjadi agent penyebar fitnah pembangkang bahkan berperanan sebar cerita mengarut juga. Lepas tue bila tiba bulan ramadhan berpakat sebar hadis mengarut tentang fadhilat ramadhan. Bila dah membesar dan belajar agama baru tahu apa yang TV3 sebarkan tue semua palsu. Itu tv sendiri yang sebar. Tak masuk lagi sebaran kau lagi. Siap tulis buku plak tue. Tipu satu hal. Tipu atas nama nabi itu yang melampau. 

Penipuan UKE tengok bawah ;


Respon MAZA disini.

Baca : UKE diban MAZA.

Dan selepas kecoh kerana diban, admin UKE buat ayat simpati bagaikan mangsa. Si FOBN plak memandai-mandai p sokong penyebar riwayat palsu. Gila ke apa puak2 neh. Sedar ke tak sedar agamawan tue menipu heret Muhammad SAW?


Dalam sirah Nabi dikatanya buat kenduri roti jala celup kari. Mana sumber kau petik? Apa buktinya? Siap buat buku untuk jualan lagi. Buku2 macam neh boleh plak JAKIM tutup mata. Tapi buku2 ZUNAR laju2 kena ban kan. ZUNAR ada tipu babit Nabi ke macam mana?

Respon UKE selepas diban ;
Penceramah Bebas terkenal, Datuk Kazim Elias menjawab tuduhan pihak tertentu yang mendakwa kononnya beliau menyebarkan riwayat palsu selepas penceramah itu tidak dibenarkan menjadi panel dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis tidak lama lagi.
Menurutnya, pihak berkenaan seharusnya menghubungi beliau sendiri mendapatkan penjelasan berhubung riwayat yang dianggap palsu.
"Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya.
“Apa saya kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan sebagai roti jala dan kari.
“Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan, perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing. Sebagai penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti jala dengan kari kambing,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.
Semalam, tersebar sepucuk surat dilaman sosial Facebook yang ditandatangani Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meluahkan ketidaksetujuan beliau terhadap pemilihan Ustaz Kazim sebagai panel dalam forum yang bakal dianjurkan di negeri tersebut. -MD.

Roti jala bahasa kiasan?
Ceramah guna bahasa kampung?

WARGHHKAHKAHKAHKAHKAH

Woi.

Logik la sikit nak counter attack pun. Alasan macam hapa.

Pertama. Kau sedang berceramah dalam bentuk buku. Kau expect yang beli dan pengedaran buku tue di kawasan kampung2 ka? Untuk rekod, aku kaki kedai buku. Aku tak pernah nampak buku2 kau dijual kat expo2 kawasan kampung atau dijual kat kedai2 buku kampung. Aku rajin p kedai buku merata sebab aku kaki buku.Kalau kat bandar besar ya aku pernah nampak pernah belek tapi tak hingin nak beli. Himpunan ceramah tue dah dibukukan dan boleh sangat re-edit agar lebih kemas dan sampai kepada maksud.

Kedua. Ada beza yang cukup besar roti jala dengan roti. Aku rasa kalau ko sebut roti orang pun boleh faham. Apa teruk sangat ke pemahaman orang kampung sampai roti pun dorang tak faham?

Ketiga. Kalau dah kantoi tue mengaku sudah. Tak payah nak pusing cerita dok lagak maksum macam takan melakukan dosa dan silap.

Keempat. Dr. Maza tak sebarkan apa-apa pun tentang dokumen tersebut. Bahkan MAZA sendiri tegaskan penyebaran itu tidak sepatutnya berlaku. sekaligus MAZA sebenarnya nak jaga air muka kau juga. Tapi dah tersebar terpaksa la jawab. Yang sebarkan tue orang lain dan memang patut MAZA ban kau dari jadi panelis forum berkenaan. Aku sokong without doubt and prejudice at all.

Kelima. Kau pun pernah ke panggil pembangkang duduk berbincang2 sebelum main tuduh2 dalam ceramah kau? Ada? Nak nasihat orang macam bagus. Tapi diri sendiri pun kelaut. Sekurang2nya MAZA ada bukti bila melarang kau menjadi panelis. Kau ada bukti nak tuduh rakyat yang lawan kerajaan tue semua salah dan tak betul. Ada? 

Sembang la kau UKE. 

Kau nak sembang agama aku tak kisah.
Nak ajak orang kepada kebaikan aku sentiasa sokong.
Tapi semua hujah2 kau yang kutuk pelawan2 kerajaan satusen tak boleh pakai.
Bahkan aku ada kenalan yang tahu sejarah hidup kau dulu2.
Dulu2 kau pun pembangkang juga kan.
Dulu2 kau pun pelawan kerajaan juga kan.
UKE.. UKE.. kalau dah kantoi..

HAHAHAHAHAHA..