t>

Breaking News

Ustaz Dituduh Membunuh - Pengaruh Sentimen Politik Kerana Dia Sokong PAS? - Baca Ulasan Ini.


PENGARUH MEDIA - CERITA SEBENAR USTAZ BUNUH MURID DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

ULASAN BERITA:

Pembongkaran kisah ini amat menyayat hati. Jika kisah sebenar yang terbongkar ini betul, maka ia telah benar-benar menampakkan bahawa benarlah firman Allah bahawa fitnah itu lebih berat dari membunuh. Ia juga menampakkan betapa besarnya pengaruh media dan sentimen politik.

Kini kita bakal kehilangan seorang murobbi tahfiz. Pondok tahfiz yang berkenaan juga telah diperintah tutup. Jika kisah kesilapan penghakiman ini dan tuduhan-tuduhan yang berbau prasangka dan tajassus ini benar, maka di manakah semua yang telah ikut menyebar berita sehingga mempengaruhi proses penghakiman, juga mereka yang terlibat menjatuhkan hukuman akan memohon ampun jika yang terlibat sudah tiada?

QS: 49. Al Hujuraat 6. "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

QS: 2 Al-Baqarah 217 ".. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh..."

QS: 49. Al Hujuraat 12. "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang (tajassus) dan janganlah menggunjingkan (merendah dan mengejek-ngejek) satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

KESIMPULAN:
Apapun yang sebenarnya telah berlaku, tidak mustahil kesilapan begini boleh berulang lagi dan lagi memandangkan berleluasanya habit masyarakat yang suka menyebar berita sensasi tanpa usul periksa. Lebih parah lagi apabila ada yang menokok tambah berita untuk memperbesarkan kesilapan hanya semata-mata kerana tingginya dendam dan penyakit hati.

Berhentilah kita dari habit adu domba, umpat keji dan mengada-adakan cerita untuk mencapai maksud jahat kita. Kesannya amat berat sekali dan pastinya dosa mereka yang terlibat tidak sekali-kali akan terampun oleh si mangsa yang teraniaya hingga ke tahap ini (tidak semestinya merujuk kepada kes ini).

Innalillahi wainna ilaihi roojiun.

Semuga Allah ampuni dosa ustaz dan anak syurga yang terlibat dan diterima segala amal mereka. Semuga semua yang terlibat menyebar berita mendapat hidayah dan berhenti dari meneruskan tabiat yang boleh memberikan kesan yang amat sadis ini. Semuga boleh dilanjutkan semula kepada mahkamah rayuan untuk proses pengampunan atau meringankan hukuman.

Kami tidak sekali-kali prejudis kepada sistem kehakiman Negara kita. Apapun, ada baiknya kita melepaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tidak bersalah. Apapun kisah sebenarnya hanya Allah yang maha tahu.

Kita yang masih hidup ini ambillah hikmah, kebijaksanaan dalam menghukum serta pelbagai pelajaran di sebalik asbab ini. Murobbi tahfiz dan ibubapa juga tidak terlepas dari iktibar ini.

Elakkanlah memukul kepala dan abdomen anak biar apa pun alasannya terutamanya dengan benda keras atau menggunakan tangan dan kaki. Kerana itulah Islam menggalakkan rotan atau benda lembut agar menjadi absorber kepada impak penderaan yang fatal.

WARGA PRIHATIN

* * *BERITA PENUH * * *

3 Mac 2015 - Alor Setar : Seorang ustaz yang juga warden asrama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar berusia 11 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis empat tahun lalu.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab terhadap tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak bagaimanapun kelihatan tenang sebaik keputusan itu dibacakan.

Hanif sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun dipinda kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee maut selepas dibelasah oleh Hanif Muhammad Ali.

Bagaimanapun, keputusan di akhir pembelaan mendapati tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 KK dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shakir Khairi.

Dalam kejadian pada 31 Mac 2011, Saiful Syazani yang ketika itu berusia 7 tahun koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, 5.40 pagi pada 3 April 2011 dipercayai akibat dipukul warden asrama terbabit ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis. - Metro

CERITA SEBENAR


(Kesahihan cerita perlu dihisab. Kami muatkan sebagai rujukan sebagai iktibar dan peringatan sahaja)

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz Waqar (sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah.

Kami terus dibawa ke rumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz Waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

Katanya Adik Saiful Syazani (arwah pelajar) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif di sekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang tinggal di asrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik Saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik Saiful di bahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik Saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, Ustaz Y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring di atas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz Y mengesyaki adik Saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.
Lantas ustaz Y terus membawa adik Saiful ke Hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu.

Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz Hanif telah menemui ayah angkat adik Saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz Hanif pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik Saiful dimasukkan ke ICU, lantas dia terus menunaikan solat hajat.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah SWT untuk mengadap-Nya pada jam 8 pagi hari ahad.

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik Saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz Hanif.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik Saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang Zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik Saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik Saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik Saiful.

“Dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia”, cerita abang Zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang Zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang Zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang Zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. (gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ).

Semasa perjalan pulang, ustaz Waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz Wakar adalah benar setelah melihat laporan forensik bahawa punca kematian adik Saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul di sebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Rombongan GAMIS ke rumah arwah adik Saiful, bergambar bersama abang Zamri

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sangat berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.


Rujukan : sini