t>

Breaking News

Ibu Kanak2 6 Tahun YG Terjatuh & Mati Kini Jadi Mangsa Kutukan Di Laman Sosial Selepas Video Tersebar - Safety Net Utk Shopping Complex.



Pada awalnya. Beberapa saksi mata telah menampilkan komen dengan menyalahkan si ibu yang leka bermain handphone hingga anak terjatuh.

Ada beberapa versi situasi yang disebarkan oleh saksi mata. Lain orang lain analisa mereka. Mungkin timing yang berbeza-beza ketika encounter dengan keluarga tersebut. Ada yang berkata ;

- Si ibu sibuk bergaduh di handphone ketika kejadian

-Si ibu sibuk bermain handphone

- Si ibu marah seorang individu yang tarik anaknya menuju ke arah ibunya kerana risaukan keselamatan kanak2 yang bermain disitu

- Si ibu marahkan guard selepas guard menegur agar tidak bermain disitu

- Adik dan kakak bergaduh duit seringgit untuk beli aiskrim

Tapi komen-komen begitu mendapat kritikan dari pengguna media sosial yang lain. Lebih ramai sebenarnya yang menasihati agar pengkomen-pengkomen negatif untuk tidak lemparkan apa-apa tuduhan kepada si ibu dan lebih baik bersimpati atau diam jika tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang baik bagi menenangkan keadaan.

Entah kenapa dan bagaimana, akhirnya satu rakaman sebelum dan ketika kejadian akhirnya disebarkan di laman sosial. Rakaman dipetik menerusi CCTV dan kini viral di pelbagai page-page popular di laman sosial.

Rakaman itu boleh ditonton disini ;



Visual dari CCTV kanak2 yang terjatuh dari tingkat 2 kompleks Kenanga siang tadi. Kita boleh lihat yang bermain di celah2 tangga seperti itu adalah sangat berbahaya. Justeru itu ibu bapa mohon ambil perhatian..Kiriman: Ahmad Mustaqim Ahmad Fuad
Posted by Siakap Keli on Friday, April 3, 2015

Klik sini jika video gagal load.

Ada yang memikirkan persoalan-persoalan ;

1. Siapakah yang berikan mereka hak untuk sebarkan video berkenaan kepada orang ramai?

2. Bukan kah insiden itu akan menyebabkan si ibu menjadi lebih tertekan?

3. Sudah la kematian anak, oke, angkara kecuaian sendiri lagi, dan kini dihukum oleh masyarakat?

4. Masyarakat satu hal, macam mana pula dengan suami? Ahli keluarga dia? Saudara mara dia? Mak mertua? Pak mertua dan sebagainya?

5. Tindakan penyebaran di laman sosial itu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

6. Kalau nak hukum pun, bagi aje la video tue kepada polis. Biar polis siasat dan amek tindakan sewajarnya ke atas si ibu atas insiden berkenaan.

Tapi aku pula berfikir secara berbeza. Aku rasa aku boleh agak kenapa rakaman tersebut sengaja didedahkan kepada orang ramai. Ini untuk memberikan pengajaran. Bukan kepada yang terbabit semata-mata tetapi kepada semua ibu bapa di luar sana. Bahawa sentiasa ber-ahti2 dan tidak bersikap cuai apabila kita bersama anak-anak. Sesaat kecuaian pun boleh melibatkan kematian apatah lagi jika bersaat-saat.

Cuma dari apa yang aku nampak melalui rakaman tersebut, si ibu tidak seperti memahami bahaya apa yang akan berlaku jika bermain disitu. Si ibu bukan zalim. Si ibu hanya kurang peka dan kurang faham. Bagaimana perkara itu boleh membunuh anaknya. Tidak la nampak juga si ibu ralit bermain handphone. Hanya seminit dua untuk check sesuatu. Mana la tahu seminit dua itula yang akhirnya menyebabkan anak dia mati. Budak-budak pula kurus. Setakat kena tarik benda senang je. Berat pun tak sampai 20. Tapi ada beberapa perkara yang aku fikir semua shopping complex patut lakukan bagi mengelak kejadian sama berulang. Bukan satu, bukan dua tapi beberapa kali berlaku kejadian yang sama. Ibu bapa cuai satu hal. Tapi shopping complex boleh mengurangkan kesan kecuaian dengan memasang safety net di tingkat bawah.

Contoh.


Sekurang2nya apabila kanak-kanak ini jatuh, akhirnya mereka akan disambut jaring. Tanpa atau sedikit kecederaan. Nyawa masih dapat diselamatkan. 

Satu lagi yang aku perasan. Kat shopping complext tue takde langsung besi yang selalu diletakkan kat celah-celah escalator bagi melarang kanak-kanak masuk kat situ. Penghadang atau batu pun takde. Biasanya, kat kiri kanan escalator tue bertutup. Atau dilarang untuk masuk dengan meletakkan sesuatu objek sebagai penghalang. At least kanak-kanak takde la bermain dan tertarik hingga jatuh kat situ. Bukan aku nak alihkan beban kesalahan ke atas shopping complex tapi beringatla. Kita neh deal dengan orang awam dan kanak-kanak. Tahap kesedaran mereka berbeza-beza. Sebab itu diri kita neh kena sentiasa advanced dari pemikiran orang awam in order nak jaga safety semua.

Sungguh pun melalui video yang tersebar membuktikan si ibu cuai, aku harap jangan la kita melampaui batas dengan menyalahkan si ibu macam tiada hari esok. Memang kita marah dengan kecuaian tersebut tapi yang jadi mangsa itu anak dia dan dia. Kita neh tetap la orang luar. Marah macam mana, sedih macam mana, geram macam mana, sakit ahti macam mana tetap tak boleh lawan kesedihan dan kemarahan seorang ibu terhadap dirinya sendiri akibat insiden tersebut. Kini, di mana sahaja tempat yang dia pergi, jika ada escalator, mesti dia teringat apa yang dia buat sehingga anaknya mati. Silap-silap tak berani nak angkat muka depan suami sendiri. Buat relax sudah la semua. Kita jaga anak sendiri sudah. Jangan buat perkara yang sama.