t>

Breaking News

Kes Amuk 4 Wanita VS Pemandu Teksi - Akhirnya Kebenaran Terbongkar, 4 Wanita Amuk Mangsa Pembuli Jalanraya.

Ketika video dari side pemandu teksi berkenaan viral, 4 wanita itu teruk dimaki hamun. Macam-macam orang kutuk mereka. Yang peliknya. Yang marah wanita-wanita itu memaki pun turut memaki sendiri. Nak mengutuk perangai orang biadap macam la perangai sendiri suci sangat.

Teruk juga wanita-wanita itu kena makan makian orang awam. 
Sampai bapa mangsa kena buat sidang akhbar.
Itupun ada yang tak percaya.
Tapi pada aku, satu je point dah cukup membuktikan mana-mana lelaki adalah loser.
Seorang lelaki tidak akan memukul wanita. Pada saat dia memukul wanita, dia salah ke tak salah ke in the end dia tetap dianggap pesalah sebab memukul wanita. 

Apatah lagi kalau ;

- Sudah la bersalah
- Bergaduh/memprovokasi
- Bila mangsa mengamuk 
- Dia p bantai mangsa

Itu lagi kurang ajar.

Mengikuti kes berkenaan, aku tertarik dengan hasil siasatan dari portal SAYS.COM.

Dari portal berkenaan, pemandu teksi itu sebenarnya dah ada rekod sebagai pembuli jalanraya.

Lihat rekod lampau ;





Tidak hanya mengeluarkan kata-kata kesat. Bahkan mengugut individu berkenaan sehingga memaksa dia melakukan laporan polis yang kedua.

Disebabkan kejadian itu mangsa ;

- Trauma
- Risau untuk memandu kereta lagi
- Takut diapa-apakan

Lihat laporan susulan berikutan dari sikap encik Azmi aka pemandu teksi tersebut ;



Dengan sikapnya yang biadap + sentimen media sosial, encik Azmi pada awalnya dianggap sebagai seseorang yang betul dan 4 wanita yang mengamuk tue pula salah dan bermasalah rentetan dari penyebaran klip video yang pertama.

Klip video yang pertama dirakam oleh isteri kepada pemandu teksi berkenaan. Yakni, isteri pemandu teksi itulah yang sebar.

Dia p sebar kepada Oh Media.

Aku tak salahkan Oh Media. Sebab peranan Oh Media digunakan untuk jentik emosi orang biar orang ramai maki hamun 4 gadis-gadis tersebut. Ini strategi pemandu teksi tersebut untuk raih simpati awam. Dan mengalihkan beban kesalahan ke atas bahu 4 gadis yang mengamuk tadinya tue.

Oh Media pun macam biasa lepas dapat berita laju-laju sebar sebab pada dia, pada aku dan pada kita semua, pergaduhan orang memang bahan cerita.

- Boleh jadi topik untuk mengumpat mana-mana individu dalam video berkenaan
- Lepas tue bajet kita neh hakim untuk tentukan siapa betul siapa salah
- Lepas tue bajet individu2 berkenaan patut menunjukkan sikap/reaksi sepertimana yang kita fikirkan

Ini memang sikap normal kita. Mengumpat, mengutuk, mencaci, memaki orang ialah kebiasaan kita.

Selepas tersebarnya video pertama, video kedua pula disebarkan kepada Oh Media bagi menepis video pertama.

Video kedua pula dirakam oleh salah seorang gadis yang terlibat dalam insiden kemalangan tersebut. 1 daripada 4 gadis yang mengamuk tu la.

Mungkin sakit ahti selepas kena maki kaw2 di laman sosial.
Sapa tak sakit ahti kalau macam komen-komen macam neh?



Dan selepas tersebarnya video susulan dari insiden tersebut, yang maki perempuan2 tue ramai2 tadi dah hilang dan bertukar pendirian. Tetiba je maki pemandu teksi tue pula. Memang jenis takde pendirian punya orang macam tue. Dia maki A bila keluar video A. Dia maki B bila keluar video B. Orang kalau ada pendirian buat relax je tak maki sapa-sapa. Biar je la kes berjalan dan selesai ikut protokol undang2 yang sedia ada. Kebodohan pemandu teksi yang gunakan sentimen simpati di media sosial dan kebodohan mereka2 yang memaki hamun 4 gadis-gadis yang mengamuk tue terserlah.


Video part 1 dan 2 yang disatukan oleh Oh Media. Oh Media juga telah mengubah sedikit caption asalnya bagi mengupdate perjalanan cerita. 

 

Jujur aku cakap. Perempuan2 tue memang akan beremosi jika dibantai. Perempuan2 tue juga akan beremosi apabila kereta mereka sengaja dilanggar sekali lagi dan diketuk-ketuk pula. Mesti la rasa paneh ahti tengok perbuatan biadap tersebut. Setakat makan maki hamun tue benda biasa je. Kalau ko berlembut dan takut-takut dengan pembuli jalanraya, penyudahnya kau kena balik macam kes tahun 2013 tue hah. Jangan ingat perempuan kaum lelaki senang-senang je nak buli. Nasib baik 4 wanita tue bangkit melawan walaupun kena teruk kutuk dengan orang awam. Cakap memang senang. Duduk dulu dalam situasi berhadapan dengan orang2 gangster macam tue. Tahu la ko apa rasanya bila kau bersendirian. Nasib baik mereka berempat dan melawan. Maki bukan sebarang maki. Lawan bukan sebarang lawan. Ini maki dan lawan kena pada tempatnya beb. Fikir2kan la ek.

Kredit gambar : Says.com
Kredit video : Oh Media