t>

Breaking News

Bukan Upacara Sembah Duit Sebaliknya Sekadar Ambil Aura - Peserta Cium Duit Tampil Buat Penafian.

Hmmmm.

Aku antara yang mempercayai bahawa gambar-gambar peserta yang cium duit itu sedang melakukan aktiviti karut marut.

Ini pula sebaran dari FOBN.


Ye ye jek FOBN kau mengupas. Padahal gambar pun copy paste dari sapa tah. Cerita yang si FOBN sebar tue pun aku tatau kesahihan. Malas nak komen. Cuma apa yang aku tahu, sebaran awal yang aku terima ;

1. Seminar magnet duit, MLM pun iya juga depa kata

2. Disyaki duit yang dicium itu milik peserta2 seminar yang bayar yuran kursus untuk menghadiri seminar berkenaan.

3. Dan si penganjur seminar itu sendiri kaya raya hasil dari menjual seminar

Zaman la neh kau beria-ria cium duit pun tak guna. Selepas cium ke GST jua.
HAHAHAHA.

Sambung balik. Dalam beria-ria FOBN kau menyebar, sekali ada pula yang menafi.

Baca ;


Hish hish hish.

Setepek aku kena sound dengan si Faridah neh. Tapi aku cuma sebar dan gelak 'kah kah kah' aje. Takde ayat maki atau kutuk. Gelak saja. Kira oke la sikit kan. Betul tak?

HAHAHAHA.

Dan aku baca lagi di ruangan komen. Baca punya baca akhirnya dah tahu seminar apa yang peserta2 di atas join.


Money magnet katanya.

Pengisian seminar aku tatau. Tapi aku sentiasa ada bad perseption tentang seminar-seminar begini. Maaf. Aku sentiasa berfikir bahawa mereka yang pongpang2 tentang kekayaan dek Forex atau MLM atau yang berkaitan dengannya ialah sebenarnya kaya hasil dari menjual kursus, program dan seminar. Bukan macam orang lain yang kaya raya hasil jual perkhidmatan dan product fizikal.

Dan si penyebar di alam maya sehingga mengundang reaksi negatif pengguna sosial M ;


Tukang anjur ialah tukang sebar.

Memang bukan program MLM jika kau baca menerusi petikan di atas. Sebaliknya ianya adalah satu program yang mana memberikan keyakinan dan keinginan kepada peserta-peserta seminar untuk lebih berusaha mencari wang banyak2 supaya kelak bukan duit orang yang kau cium tapi duit diri sendiri.

Itu dia kata la.
Bukan aku kata.
Apa korang nak kata.
Itu korang punya suka.


HA HA HA.