t>

Breaking News

Cerita Turki Kerah Semua Armada Kapalnya Untuk Bantu Rohingya Adalah Hoax - Tukang Share & Puji Kena Tipu Kaw2.


Tadi baca ini ;

Jgn pecaya dgn berita bangang - part 2

"Perdana Menteri Turki mengarahkan semua Armada Lautnya mengangkut warga Rohingya yang berada di perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia ke Turki sebagai tetamu negaranya."


- Berita di atas di kesan daripado page Siakap Keli. Page SK pula mengambil berita itu dari page University of Life. Page University of Life dgn rasa bertanggungjawabnya tidak memberikan sebarang link utk dibuek rujukan.


- Kau baco berita tu pun kau dah tahu tipu. Armada Laut Turki mmg moden tapi tidak sebosa mano. Mcm mano tentera laut Turki nak angkut kesemuo pelarian Rohingya balik ke Turki sdgkan mrk tidak mampu. Jumlah pelarian Rohingya di lautan kesemuanya berjumlah 8-7ribu org.


- Jadi skrng apo perlu kito buek? Poie search berita bhs inggerris paper Turki lah. Oleh krn den dah biaso dgn Hurriyet, mako den refer terus dgn Hurriyet. Hurriyet juga adolah paper propaganda Parti AKP. Didakwa begitu dan den pecayo sbb beritanya amat pro kepada Erodogan dan partinya.


- Betul ado 2 berita shj yg cover story Navy Turki dgn rohingya. Dan ia amat mengejutkan. Turki tak hantar pun apo yg korang katakan sbg 'armada'. Dan yg dihantar berkemungkinan bukan kapal perang. Malah tentera Turki berkerjasamo dgn IMO, iaitu sebuah pertubuhan antarabangso psl pelarian. Dan kapal Navy Turki yg join IMO pula adolah kapal yg dah mmg sedio ado di rantau sini.


"Addressing a group of young people at Çankaya Palace May 19, Davutoğlu said that Turkey was doing its best to reach Rohingya Muslims at sea with the International Organization for Migration (IOM), with the help of a ship from the Turkish Armed Forces already sailing in the region."


- Jadi dari mano datang ey story PM Turki mengarahkan semua Armada lautnya mengangkut kesemuo pelarian Rohingya? Kemungkinan kapal navy Turki yg diarahkan bersamo IOM ialah kapal navy yg mahu menyertai expo tentera di Singapore (mcm LIMA Langkawi) yg akan diadokan sedikit hari lagi. Ini telahan den shj. Mungkin ye, mungkin tidak.


"Turkey has pledged to add $1 million to efforts by the International Organization for Migration (IOM) and the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) to provide humanitarian aid for Rohingya and Bengalese refugees stranded at sea, Anadolu Agency has reported, citing presidency sources."


- Apo yg den faham, $1 juta yg Turki berikan ialah utk menjayakan misi kemanusian IOM. Bukan nak menafikan kebaikkan Turki tapi kalau setakat sejuta, raso ey kjaan Msia dah belanjo lobih drpd itu utk tolong org Rohingya sblm ini. Jadi pertolongan Turki ini bagus tapi masih dlm setakat biaso-biaso shj. Agensi berita Hurriyet yg pro Recep Tayyip Erdoğan pun mengeluarkan berita hanyo sekadar sambil lalu shj. Tapi korang punyo propa mmg tak boleh blah. Sampai tahap menipu. Paria betullah!


- Mcm biaso, pautan link pd komen yg pertamo.
http://www.hurriyetdailynews.com/turkish-military-ship-joins-efforts-to-reach-rohingya-muslims.aspx?pageID=238&nID=82639&NewsCatID=510

Sumber : Ali Abu.

Memang sebelum neh viral kisah Turki bantu Rohingya tue. Tapi aku takde la share apa sebab masih dalam mode ragu-ragu. Lepas tue aku google jap.

And bila baca berita ;


Apa yang aku faham ;

1. Turki akan sumbangkan $1juta bagi menjayakan misi kemanusiaan bersama IOM dan UNHCR demi membantu Rohingya.

2. Turki bersedia bekerjasama bagi melibatkan diri dalam misi menyelamatkan Rohingya di lautan.

3. Perkara itu juga sudah dibincangkan bersama Najib Razak, PM Malaysia.

4. Turki juga menghargai bantuan2 yang telah dibuat oleh 3 buah negara dalam menyelesaikan konflik Rohingya, iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

5. Turki juga telah mengarahkan kapal tenteranya yang memang berada di sekitar untuk sampai ke pelarian Rohingya yang masih berada di lautan untuk menghantarkan bantuan. Turki melakukan misi berkenaan bersama IOM.

Aku tak nampak pula Turki sebut ;

- Nak bawa balik semua pelarian Rohingya

- Arahkan semua armada perang milik mereka ke perairan Andaman

- Kritik/bidas/sindir/nasihat perdana menteri Malaysia dengan kata2 di mana ada laungan azan disitu tanahairku. Usah halang armada perang kami perairan Malaysia dan Indonesia blablablablabla.. 

WOAHHH.

The level of mengarang jalan cerita, memang terbaik la. 

Sanggup sangat. Asal boleh kutuk negara sendiri dan puji negara orang.

Turki siap hargai usaha Malaysia. Usaha negara kita. Kita pula p kutuk dan tukar jalan cerita. Cerdik tak cerdik kau rasa kita neh? 

Bagi aku. Memang kita ada pemimpin yang kejam. Tapi untuk menfitnah mereka bukan cara yang betul juga. Untuk me-reka2 cerita dan beria2 menunjukkan yang Malaysia neh teruk sangat pun, salah juga caranya. Hanya ceritakan benda yang benar-benar berlaku sudah la.

Kat wassap. Aku ada baca. Yang orang sebarkan. Konon isteri Tayyip, Emine Erdogan dah sampai kepada pelarian dan menangis-menangis mendengar kisah sedih mereka.

Aku google pagi tadi. Just nak make sure. Dan haram juga. Itupun sebaran karut. Memang isterinya menangis. Tetapi bukan atas kapal pelarian atau di kem pelarian. Sebaliknya isterinya menangis di bumi Myammar. Di Rakhie. Tempat yang mengurung Rohingya secara zalim.

Baca ;


Disini Turki tiba dengan membawa bantuan kemanusiaan bernilai $2 juta. 

Tangisan itu terjadi selepas etnik Rohingya bercakap sesuatu dalam bahasa mereka kepada Emine. Dan selepas difahami percakapan tersebut (dialih-bahasa), Emine bertambah sebak dan sedih.

Jika ditanya tentang keprihatinan, Malaysia memang tidak membantu dengan cara pergi ke Rakhie dan menangis bersama-sama mereka. Apa yang Malaysia kau buat ialah tempatkan pelarian di kem dan keluarkan wang (peruntukan) untuk membiayai kehidupan mereka disini. Ada yang berjaya keluar dari kem dan menjalani kehidupan biasa di Malaysia dengan bekerja, belajar bahkan berkahwin juga dan menjadi bahagia.

Tetapi Malaysia tidak menekan dengan menggunakan suara yang keras lagi lantang. Jauh sekali gunakan sekatan politik atau ekonomi ke atas Myammar demi membela etnik Rohingya. Yang neh aku masih tak dapat tangkap-tangkap lagi kenapa Malaysia, Thailand dan Indonesia seakan lembik terhadap Myammar.

Sedikit keadaan di Rakhie untuk penglihatan korang semua klik sini.

Tengok rumah mereka. Tengok jalan mereka. Tengok pakaian mereka. Perhatikan even kerusi yang diduduki oleh menteri luar negeri Turki. Kat situ kau boleh predict memang miskin sungguh mereka sehingga perlu lari demi membina kehidupan yang lebih baik.

Laporan itu juga menyebut bahawa ;

- Myammar melaporkan ratusan maut di Rakhie dalam insiden keganasan yang melibatkan Rohingya.

- Namun laporan berkenaan menyebut sebenarnya angka yang terkorban mencecah ribuan nyawa manusia.

- Pembunuhan, rogol, tangkapan membuta tuli dan penindasan dilakukan oleh pihak berkuasa Myammar. Yang mana penganut Buddha turut bersama dengan penguatkuasa Myammar dalam melakukan kekejaman ke atas etnik berkenaan di Rakhie.

Kalau macam ini punya gaya, sampai bila pun tak habis penindasan. Yang sepatutnya menjaga keamanan itu sendiri melakukan kekejaman, nak aman macam mana? Babi punya Myammar. Lue fikirlah sendiri.

Kbai.