Pakcik Ini Dah Kahwin Selama 40 Tahun Tetapi Masih Belum Ada Anak - Kisah Teladan Utk Pasangan Yg Belum Ada Anak.
Kisah pakcik yang tiada zuriat walau dah berkahwin selama 40 tahun kini viral di laman sosial. Setakat ini sudah dikongsi sebanyak 477 kali.
Pengalaman yang dikongsikan oleh facebook bernama Khairul bukan sahaja mendapat perhatian orang islam, bahkan orang bukan islam juga tertarik membaca luahan berkenaan.
Ini apa yang dikongsikan oleh saudara Khairul. Semoga membawa manfaat dan membakar semangat kesabaran untuk pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin namun masih tak punya anak.
Baca lah ;
“Pakcik bersyukur?”
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
Pengalaman yang dikongsikan oleh facebook bernama Khairul bukan sahaja mendapat perhatian orang islam, bahkan orang bukan islam juga tertarik membaca luahan berkenaan.
Ini apa yang dikongsikan oleh saudara Khairul. Semoga membawa manfaat dan membakar semangat kesabaran untuk pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin namun masih tak punya anak.
Baca lah ;
Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan 'transfer' minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu disitu dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
"Nah ambik nih" Beliau menghulur nota RM5.
"Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim."
"Aku anak pun tak ada." Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
"Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air." Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
‘laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena Syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macammana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung.
Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah ,takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.”
Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allah hu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin. Muhammad
Baru nak baca Yaasin.
Baru nak baca Yaasin.