Menteri Sahkan Penemuan Kubur Pelarian - Bukti Aktiviti Pemerdagangan Malaysia - Thailand Teruk.
Kenapa?
Petunjuk dia mudah. Thailand dan Malaysia tertekan. Dunia mengecam pendirian mereka mengenai isu Rohingya.
Maka untuk membuktikan apa yang berlaku sekarang neh ialah melibatkan aktiviti pemerdagangan manusia, jadi Thailand dan Malaysia mula bersungguh buat kerja dan mengumpul bukti demi bukti bagi menguatkan kenyataan mereka dalam isu Rohingya.
Sebenarnya benda neh bukan baru. Even US sendiri declare aktiviti pemerdagangan manusia di Thailand dan Malaysia teruk dan melibatkan satu rangkaian organisasi yang luas dan tersusun. Untuk kau pongpang2 cerita neh tanpa ada backup, esok lusa mati la kau kat mana-mana.
Seriyus aku cakap benda neh memang teruk. Jaringan dorang merata. Biar polis je buat kerja. Kita orang biasa jangan lebih2. Melainkan kau nak mati, sila.
Tapi aku tertarik juga perhatikan sikap kerajaan semenjak dua menjak neh. Bagus tak bagus juga sebab dorang mula beria2 kumpul bukti dan cari mereka2 yang terlibat dalam aktiviti jual beli manusia walaupun ianya mungkin untuk tempoh sekejap. Macam kes pegawai bank mati ditembak pengawal. Kat situ terbongkar sindiket jual IC. Dalam isu pelarian Rohingya pula, rakyat Malaysia akan mula tahu bagaimana teruknya dan luasnya aktiviti pemerdagangan manusia yang melibatkan negara kita. Dan paling penting, pelarian2 (pemerdagangan) takan boleh suka2 ceroboh negara orang kalau bukan ada pihak yang menjaganya membiarkan ianya dicerobohi. Fikir k, fikir.
Baca ;

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.
Beliau berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini berada di lokasi berkenaan bagi memantau dan melakukan pengecaman kubur-kubur berkenaan.
Khemah-khemah tersebut dipercayai telah beroperasi sekurang-kurangnya lima tahun dan ia ditinggalkan ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.
"Mungkin, satu kubur memuatkan tiga, empat atau hanya satu mayat. PGA dan VAT 69 masih menjalankan siasatan dan memeriksa kawasan itu. Dengan kerjasama Thailand, kami akan menjumpai lebih banyak mayat," katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Keluarga KDN di Stadium Maktab Penjara Kajang.
18 Mei lalu, Khalid dilaporkan sebagai berkata, kira-kira 300 anggota pasukan komando VAT-69 telah diarahkan untuk mengeledah hutan tebal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan aktiviti pemerdagangan manusia.
Operasi itu dilancarkan selepas pihak berkuasa Thailand menemukan beberapa kubur besar pendatang asing di dua kem milik sindiket pemerdagangan manusia di sekitar Padang Besar, Songkla, awal bulan ini.
Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia. -Awani.