t>

Breaking News

Isu Wanita Dipakaikan Sarung - JPJ Akhirnya Minta Maaf Tetapi Beri Alasan Ia Adalah Disebabkan 'Dress Code'.

Ini statement rasmi yang dikeluarkan oleh JPJ berhubung status seorang wanita bernama 'Tan' (surname) menerusi facebook rasminya.

JPJ minta maaf secara terbuka kepada 'Tan' dan mengatakan tiada peraturan bahawa pelanggan harus memakai sarung tetapi menegaskan bahawa kod etika pemakaian perlu dipatuhi sepanjang berada di premis kerajaan. Ini keraja JPJ juga ialah agensi kerajaan. Maka dress code bila mengunjungi premis JPJ adalah sama seperti mengunjungi premis kerajaan yang lain.

Masalah bermula apabila ;

1. Sesetengahnya beranggapan bahawa pakaian Tan itu tidak sopan pada pandangan matanya.

2. Sesetengahnya pula beranggapan bahawa pakaian Tan itu sebenarnya sudah sopan.

Aku sendiri beranggapan bahawa pakaian Tan itu sopan. Aku tak nampak apa yang silapnya disitu. Jika ada dress code pun aku tak faham apa peraturan yang dia langgar. Tak seksi pun. Tak menjolok mata juga. So aku tak faham.

Akhirnya perkara ini subjektif. Berbalik kepada apa yang kita lihat dan sangka.

Jadi untuk memahamkan pengguna awam macam aku, Tan dan yang lain2, adalah disarankan agar premis kerajaan mengeluarkan larangan apa jenis pakaian yang tidak boleh dipakai ketika berada di premis kerajaan.

Contoh ;

1. Skirt atas lutut. Dilarang.

2. Seluar pendek atas lutut. Dilarang.

3. Baju menjolok mata /seksi. Dilarang.

Atau ;

1. Tak boleh pakai ketat

2. Tak boleh mendedahkan bahu / tetek dan sebagainya

3. Tak boleh mendedahkan lutut dan ke atas

Dan sebagainya la ikut korang punya peraturan.

Secara amnya benda neh memang akan jadi isu sebab perkara berkaitan 'pakaian sopan' ini subjektif.

Selagi mana tak seksi, pakai ketat2 dan tak tunjuk tetek ataupun atas peha pada aku memang sopan.

Tapi pada orang lain nampak lutut pun tak sopan.

So jika ada peraturan yang jelas. Terperinci. Terang-terangan. Aku rasa orang nak argue pun tak boleh. Terang2 ada notis. Sapa langgar dia la yang salah.


HA HA HA