t>

Breaking News

Takde Masalah Jika PAS Uturn Dan Terus Bekerjasama Dengan DAP.

Mahfuz kata PAS akan digelar tidak konsisten jika UTURN dan menarik semula keputusan yang diputuskan melalui muktamar iaitu memutuskan hubungan dengan DAP.

Malu la.

Orang akan ejek.
Kutuk.
Hina.

Mujahid.
Khalid.
Mat Sabu.
Hanifa.

Semua neh tengah menyindir PAS secara halus kerana ;

- Kalah dalam pemilihan parti
- Bengang dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Bab kekalahan tue pada aku memang salah dorang sendiri. Takde sesiapa yang berhak atau boleh dipersalahkan berbanding diri sendiri.

Lebih baik mereka menilai kelemahan masing2 dari berterusan ego tak tentu hala.

Bab bengang dengan keputusan muktamar yang sebulat suara meluluskan usul putus dengan DAP, kebengangan dorang berpatutan.

Ini kerana usul tersebut tidak dibahas.
Tidak dibahas.
Tapi diluluskan sebulat suara.
Tapi tak dibahas.
Tapi diluluskan pula sebulat suara.
Macam mana dikira patut lulus jika tak dibahas?

Lebih2 lagi bila Mat Sabu mengambil pendirian letak jawatan selepas perjalanan muktamar tamat. Seolah2 membayangkan keputusan muktamar itu adalah muktamad.

Namun ini yang Dewan Ulama respon ;

 

Point penting ;

1. Mencadangkan untuk putus. Bukan bermaksud nekad atau lulus untuk memutuskan.

2. Usul pula diluluskan tanpa bahas. Entah siapa punya kerja tangan2 ghaib yang mahu usul diluluskan tanpa perbahasan. Kikiki.

Apa yang penting ;

1. Sesetengah dari PAS hanya sembang berapi mahu putus dengan DAP tetapi still mahukan jawatan atas nama kedudukannya dalam Pakatan Rakyat

2. Masih teragak2 mahu putus hubungan dengan DAP walaupun dalam media, dalam muktamar macam dah meluat sangat DAP sampai ke tahap nak bercerai talak 3.

Kalau dah macam itu lagaknya, elok la PAS uturn semula dan berbaik2 aje dengan DAP. Cari solusi terbaik dan belajar untuk berdamai. PAS mengalah sikit, DAP mengalah sikit, PKR mengalah sikit untuk masa depan yang lebih baik untuk semua.

Tambahan pula Dewan Ulama sendiri sebut itu sekadar cadangan, bukan keputusan solid. Yang kena patuh dan turut. Maka cadangan tersebut boleh jadi diterima boleh jadi ditolak. Kedudukan majlis ulama syura boleh digunapakai. MSU boleh memutuskan untuk tidak menerima cadangan usul yang diluluskan sebulat suara tanpa dibahas kerana ianya tidak adil pada semua.

MSU juga boleh mengatakan cadangan berkenaan sekadar cadangan dan MSU tiada keperluan untuk meluluskan satu cadangan.

Tambahan pula usul tersebut tidak dibahaskan yakni ia telah bersifat tidak telus kerana tidak mendengar pendapat dari semua pihak atas cadangan yang dikemukakan.

So, PAS, cara terbaik ialah kena UTURN.
Untuk tidak nampak UTURN sangat maka gunakanlah peranan MSU.
Rasa2nya orang2 dalam DAP sendiri tahu yang PAS sedang tersepit atau dilemma mahu putus atau mahu kekal dalam PR. Jika mahu kekal dalam PR perlu bekerjasama dengan DAP by hook or by crook. Tidak seperti DAP Sabah dan Sarawak, mereka amek pendirian solid iaitu keluar dari PR Sabah dan Sarawak demi memutuskan terus hubungan dengan PAS Sabah dan Sarawak. Bukan duduk dalam PR dan hanya putuskan hubungan dengan PAS. Nampak sangat itu tindakan bodoh. Mana boleh kekal dalam PR dan hanya putuskan hubungan dengan DAP. Dalam mesyuarat nanti nak jadi apa. Nak buat macam mana.

So, jika PAS mahu putuskan hubungan dengan DAP, kena keluar PR. Jangan buat kerja bahlol dan tidak konsisten.

Jika PAS mahu duduk dalam PR kena bekerjasama dengan DAP. Tak boleh putus. PAS, DAP dan PKR organisasi asal PR. Mana boleh bekerjasama dengan PKR dan abaikan DAP dan begitu juga dengan DAP mana boleh abaikan PAS dan bekerjasama hanya dengan PKR semata-mata.

UTURN je la PAS.
Bukan semua UTURN itu memalukan.

HAHAHAHAHAHA.