t>

Breaking News

Laporan Polis Kes Cabul Maahad Tahfiz Kazim Elias Tersebar.




PUSAT DERAAN SEXS DARUL BARAKAH MANJOI PERAK

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(QS. Al-Hujurat : 6)

Pertamanya marilah kita semua beranggapan bahawa yang menyampaikan berita ini adalah dari orang fasik dan jangan sesekali mempercayainya tetapi dalam ayat yang sama juga di minta untuk kita periksa dengan teliti berita dari orang fasik maka marilah kita sama sama beriman kepada dua perkara di dalam ayat ini iaitu :- 1. Jangan terima bulat bulat berita ini

2. Siasat dengan teliti. Maka jelaslah berita dari orang fasik ini tidak boleh di terima bulat bulat tapi ianya juga tidak boleh di tolak mentah mentah tanpa di selidiki terlebih dahulu. Keduanya ialah setiap kali kita buat pendedahan tentang tingkah laku ostad ostad dan lebai yang jahat maka akan keluarlah kalam “jangan buka aib orang nanti Tuhan buka aib kita” sedangkan perkara yang di dedahkan ini adalah satu benda yang besar melibatkan umum lebih lebih lagi ianya membawa satu kesan yang sangat buruk kepada tanggapan umum terhadap Islam.

Dari Abu Said Al Qudri R.A. berkata : “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya jika mampu, tidak mampu hendaklah di tegah dengan lidahnya, jika tak mampu juga hendahlah di cegah dengan hatinya dan itulah selemah lemah iman”

Ketiga : Seperti yang saya katakan semalam kejahatan para ostad dan lebai lebai yang menyamar jadi warak di sebalik jubah dan status di facebook ini hanya 3 jenis orag saja yang percaya iaitu 1- Isterinya, 2- Mangsanya dan 3- sesama mereka sendiri. Maka yang sedang berada di pihak yang akan di tuduh membuat fitnah ialah mangsa dan keluarga mangsa ini kerana selain dari 3 kategori orang di atas majority akan kata ini adalah fitnah yang di reka reka.

Oleh itu saya mengajak semua yang bersimpati dengan mangsa agar teruskan war warkan isu ini kerana kita semua tahu Kazim Elias mempunyai hubungan terus dengan pemimpin tertinggi Negara dan beliau mungkin akan mengunakan apa saja kaedah untuk melepaskan diri anaknya yang di tuduh cuba meliwat mangsa.

Saya tahu di dalam senarai rakan saya terdapat tidak kurang dari 20 orang peguam yang hebat hebat dan saya mengajak peguam peguam ini memberi bantuan guaman kepada keluarga mangsa agar si penjahat bertopengkan agama ini tidak terlepas. Ini cuma laporan polis dari seorang mangsa sahaja sedangkan kalau mengikut apa yang telah di maklumkan di dalam laporan polis tersebut sekolah ini telah di jadikan pusat mendera sexs terhadap pelajar pelajar di usia sekolah rendah.

Berapa ramai lagi yang telah menjadi mangsa tapi tidak berani untuk tampil membuat laporan polis dan mengambil tindakan terhadap si penjahat yang bertopengkan agama ini.

Sumber : Rosly Yusof