t>

Breaking News

Netizens Pertikai Menteri Guna Pesawat TUDM Hadiri Mesyuarat UMNO.


Menteri menghadiri mesyuarat UMNO atas kapasiti dia ahli parti dan ada jawatan besar dalam parti. Mesyuarat itu hanyalah melibatkan kepentingan dirinya dalam parti. Kerana dia berjawatan tinggi maka kehadiran dia adalah penting atas dasar kepartian.

Walau bagaimanapun, mengapakah dia menggunakan aset kerajaan bagi melaksanakan tugas kepartian? Kenapa pembayar cukai perlu menganggung kos perjalanan dia untuk menghadiri mesyuarat parti? Apakah kerajaan ini akan membayar kos pengangkutan rakyat yang ingin melancong ataupun ketika mereka menghadiri mesyuarat parti politik pembangkang? Apakah ini bukannya salah guna kuasa / jawatan untuk tujuan peribadi??

Ya. Itulah persoalan, pendapat dan isi ahti yang dikemukakan oleh netizens menerusi ruangan komen di Facebook. 

Isu ini mula tersebar apabila page politik pro pembangkang yang terkenal menyebarkan satu posting berserta gambar yang menunjukkan menteri hadir ke mesyuarat parti menggunakan pesawat TUDM. Susulan dari penyebaran itu, tindakan menteri dikritik kerana menyalahgunakan aset kerajaan bagi memudahkan aktiviti peribadi.

Berikut posting yang dimaksudkan ;

KANTOI !!.. 

Guna Pesawat TUDM Utk Pergi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO PASIR MAS? TUDM 'derma' pesawat utk kegunaan VVIP UMNO KA !!! SEJAK BILA TUDM jadi sayap baru UMNO ? GAJI TUDM dibayar oleh UMNO ka? HARTA TUDM milik UMNO ka? TAK ADA PUNYA MALU ka.. 

Guna harta kerajaan spt harta mak bapak mereka !!! 
FAKTA: Penggunaan aset2, kemudahan, harta atau wang kerajaan untuk urusan parti politik adalah menyalahi undang2 negara. 

BERANI TAK SPRM nak siasat penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO !!!

Sumber : Suara Rakyat