Rakyat Malaysia Kini Boleh Menjadi Ultraman Segera Dengan Mengikuti 3 Langkah Mudah Ini.
Siapa sangka siapa menduga dengan perkembangan teknologi, rakyat Malaysia akhirnya boleh berbangga apabila artis popular cum usahawan tudung terkenal telah mencipta satu inovasi terhebat di alaf ini di mana ia membolehkan rakyat Malaysia menjadi Ultraman dalam sekelip mata!
Jangan main-main dengan rekaan terbaru dari Nora Danish ini.
Apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi instant Ultraman ialah ;
Pertama. Pergi ke Insta/kedai Nora Danish.
Kedua. Order/beli tudung tersebut.
Ketiga. Menyarungkan ia ke kepala anda dan tadaaaa.. anda kini adalah Ultraman.
Menurut sumber yang enggan namanya disiarkan, tudung tersebut juga berfungsi sebagai pelindung muka apabila anda keluar dari rumah tanpa membawa payung atau terlupa membawa payung.
Sumber itu turut menyatakan, ia boleh digunakan bagi tujuan menakut-nakutkan orang ramai di waktu malam gelap dengan menyamar menjadi hantu. Sudah pasti ramai yang lari berteraburan.
Bahkan anda boleh menjadi ninja ketika berdemo dengan hanya menggunakan tudung tersebut ujar sumber itu lagi. Tanpa perlu susah payah menggunakan dua tiga kain mahupun baju bagi menutupi muka anda. Apabila polis/fru semburkan gas pemedih mata, anda boleh laju2 tutup muka anda dengan hanya zip sahaja tudung tersebut supaya muka anda terlindung dari gas pemedih mata.
Bagaimanapun, jikalau zip itu rosak dan anda gagal membukanya kembali, sila la tanggung risiko anda sendiri.
Muahahahahahaha.