t>

Breaking News

Salah Guna Peribahasa Cina, Kali Ini Netizens 'Sekolahkan' Pegawai Khas Rosmah.

Semuanya bermula apabila Najib dikritik hebat oleh pembangkang kerana membawa Riza Aziz ke China. Najib pada ketika ini berada di China untuk lawatan kerja dan urusan diplomatik. 

Dalam lawatan itu Najib dikatakan telah berjaya membawa pelaburan berskala besar ke Malaysia dan lebih dari 20 perjanjian persefahaman (MoU) telah ditanda-tangani antara syarikat Malaysia - China bagi menjalin usahasama dalam beberapa bidang berkaitan pelaburan.

Pengawai Khas Rosmah Mansur kemudiannya menjelaskan kepada umum bahawanya tujuan Najib membawa ahli keluarganya bersama ke China adalah atas urusan kerja. Keluarga Najib turut dijemput oleh kerajaan China dan ianya bukan perkara baru bagi tujuan membina perhubungan. Ia telah menjadi amalan sejak dari dulu lagi apatah lagi mereka ke China bukan untuk bermain kuda ataupun melawat ladang.

Mempertahankan tindakan Najib, Rizal Mansor juga turut menyelitkan satu peribahasa China ;


Walaubagaimanapun, perkara itu mengundang kritikan netizens kerana peribahasa itu sebenarnya telah disalahguna dakwa netizens.

Menurut kritikan-kritikan yang dikesan menerusi ruangan komen Rizal Mansor, peribahasa itu tidak sepatutnya ditafsirkan dengan cara penafsiran yang dilakukan oleh Pegawai Khas itu.

Ini antara komen-komen yang kami kesan ;


 
Sungguh pun dikritik hebat oleh netizens khususnya yang berbangsa cina, Rizal didapati tidak memadamkan posting tersebut. Malahan tidak juga memadamkan mana-mana komen yang mengkritik dirinya.

Ketika ini ruangan komen telah hampir mencecah ke angka 300 ratus komen banyaknya.

Tidak respon kepada kritikan, apakah ini bermaksud Rizal akui peribahasa itu sebenarnya ditafsirkan secara salah? Oleh kerana penulis tidak mempunyai pengetahuan tentang ini, adalah amat bagus jika mana-mana individu yang arif tentang peribahasa cina boleh mengajarkan kepada penulis dan orang ramai apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan peribahasa di atas. Untuk tujuan ilmu, sudah semestinya. Bagaimana, ada yang sudi? Bolehla penulis, Rizal Mansor dan orang ramai belajar bersama. Hehe.