t>

Breaking News

Sebenarnya Malaysia Dalang Penculikan Selama Ini Dakwa Misuari - Mahu Bawa Ke Mahkamah Antarabangsa Kata Misuari.

Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam mendakwa Malaysia menggunakan orang Moro dalam melaksanakan aktiviti culik-untuk-tebusan di Mindanao.
“Sumber kami berkata memandangkan Malaysia sebenarnya yang terbabit dalam aktiviti culik-untuk-tebusan, mungkin satu hari nanti saya akan heret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” katanya dipetik daripada The Inquirer.
Bercakap dari podium presiden di istana Malacanang, Misuari berkata:”Saya ada semua bukti di tangan saya. Orang saya ada di mana-mana dan mereka tidak boleh terlepas kerana mereka menggunakan orang saya.”
Misuari, yang pernah rapat dengan pemimpin Malaysia, mendakwa penculikan 21 pelancong dan pekerja resort untuk dijadikan tebusan di Pulau Sipadan, Sabah pada 2000 – adalah angkara perbuatan Malaysia menggunakan Moro.
Laporan pada masa itu berkata penculikan itu dilakukan militan Abu Sayyaf.
“Di Sipadan juga, pegawai saya diambil bekerja kerana mereka memilih untuk mendapat wang berjuta,” katanya dipetik daripada The Inquirer.

Menurut laporan itu Misuari mendakwa pegawai Malaysia menghantar perisik untuk mengadakan pertemuan dengannya di Arab Saudi dan Indonesia menerusi seorang anak saudaranya.
“Saya kata, hentikan, saya tak tergamak hendak jumpa orang ini selepas mereka buat konspirasi untuk musnahkan maruah dan integriti orang saya,” kata Misuari.
Misuari membuat dakwaan itu di depan Presiden Rodrigo Duterte, yang dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 9 November.
Beliau datang ke Manila dari kubunya di selatan pulau Jolo selepas mahkamah tempatan menggantung waran tangkap terhadapnya berhubung kes pengepungan berdarah di Zamboanga City pada 2013.
Terdahulu, Duterte memberi jaminannya untuk menyokong proses damai di Mindanao di mana kumpulan pemberontak Islam itu beroperasi.
Sumber : Free Malaysia Today.