Bekas Menteri Cadang Tutup Semua Sekolah Tahfiz Di Malaysia
Oleh : Zam Kata
TUTUP SEMUA SEKOLAH....
Sekolah-Sekolah tahfiz persendirian di seluruh negara hendaklah digantung atau ditutup dengan serta merta berikutan dengan kematian seorang pelajar Tahfiz kerana dikatakan dipukul oleh seorang pembantu warden di sekolah persendirian Madrasah Tahfiz Al Jauhar Kota Tinggi Johor.
Tidak memadai dengan kenyataan simpati dan takziah dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan lain-lain atas kematian Mohd Thaqif Amin Mohd Gadaffi 11 tahun sedangkan pada hakikatnya banyak sekolah tahfiz tumbuh secara liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin akan membawa tragedi yang lebih besar.
Tragedi ini menggemparkan seluruh negara tetapi tidak mengejutkan Jabatan-Jabatan Agama yang telah membiarkan perkembangan ini tanpa kawalan kerana menimbang ini sebagai suatu usaha keugamaan yang sewajarnya disokong.
Apa yang berlaku di sekolah tahfiz selama ini tidak diberikan perhatian oleh jabatan-jabatan agama negeri kerana dipercayai mereka juga sefahaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abdul Mutalip Abd. Rahim bahawa amalan merotan di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini adalah pekara biasa kerana bertujuan untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajar.
Tragedi yang berlaku di Johor itu adalah satu kesempatan kepada kerajaan untuk bertindak dengan pantas dan tegas untuk melihat semula secara dekat perkembangan sekolah-sekolah persendirian tahfiz atau pun yang dijalankan oleh pondok atau sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan.
Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor itu menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan terhadap kebebasan istemewa yang diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz yang menggambarkan seolah-olah mereka terlepas dari undang-undang awam.
Katanya, pengurusan sekolah tahfiz perlu memiliki disiplin yang tinggi apatah lagi mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Tidak mungkin ini bukan merupakan hanya fahaman pegawai agama di negeri Johor tetapi juga pegawai agama di lain-lain negeri.
Dalam kejadian yang berlaku di Johor itu tidak seharusnya warden sahaja yang ditahan tetapi pengetua sekolah persendirian tahfiz itu sudah sewajarnya turut ditahan untuk siasatan terutama mengenai sistem disiplin yang berjalan di sekolah itu yang tidak dipedulikan oleh Jawatan Kuasa Agama di Negeri Johor.
Perkembangan sekolah-sekolah tahfiz yang tumbuh seperti cendawan sejak akhir-akhir ini lebih banyak membawa aspek negatif kepada anak- anak Melayu Islam di negara ini. Ramai yang tidak lagi melalui pendidikan formal untuk jaminan masa depan mereka.
Perkembangan ini berlaku kerana fahaman agama yang sempit di kalangan ibu bapa. Mereka percaya dengan anak mereka menjadi hafiz maka mereka akan terlepas dari neraka terutama bagi ibu bapa yang melakukan dosa yang besar.
Kalangan swasta dengan kerjasama ustaz-ustaz yang tidak terpelajar, yang tidak pernah mendapat pendidikan yang sewajarnya selain dari hanya pelajaran agama atau hafiz, telah membuka sekolah-sekolah tahfiz di seluruh negara kerana menjadi punca kewangan yang besar.
Jabatan-jabatan agama di seluruh negara tidak mengambil berat atau memantau perkembangan ini dengan sewajarnya kerana sentimen agama. Dengan kejadian ini Jabatan-Jabatan agama tidak boleh membasuh tangan atau menafikan tanggungjawab.
Walaupun ini merupakan suatu tragedi yang memalukan negara yang meletakkan kita setaraf dengan negara-negara Arab yang mundur, konservatif dan masih mengamalkan sistem kuno tetapi telah mendedahkan kepincangan dalam pengajaran tahfiz di negara ini yang memerlukan tindakan tegas dari pihak kerajaan.
Langkah pertama tutup dulu atau gantung semua sekolah-sekolah Tahfiz persendirian atau yang dijalankan oleh swasta di seluruh negara.
TUTUP SEMUA SEKOLAH....
Gambar - Google |