"Saya Tengok Kat Handphone Ayah", Pengakuan Remaja Terjebak Pornografi - Mesej Untuk Bapa2 Gatal..
Oleh : Akhi Fairuz
"Siapa kat sini yang pernah tengok video lucah?" Soal aku kepada 12 orang orang pelajar. Yang paling muda antara mereka berusia 10 tahun, yang paling tua 16 tahun.
Tanpa segan silu, kesemua mereka mengangkat tangan. Tiada raut wajah penyesalan, yang ada hanya senyuman dan keterujaan. Aku tanya pula soalan yang kedua.
"Ok, nak tanyalah lagi. Kau orang tengok masa umur berapa tahun?" Tak menyempat, masing masing menjawab serentak. Ada yang kata masa darjah 6, tingkatan 1, dan ada juga kata ketika 6 tahun. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun.
Untuk pengetahuan kau orang, remaja seusia begini biasanya akan berterus terang. Kau tanyalah apa sahaja, mereka akan jawab. Syaratnya, kau masuk kepala dengan mereka dahulu.
"Apa yang kau orang rasa bila tengok tu?" Aku meneruskan siasatan. Kalau kau korek lagi, macam macam jawapan yang kau akan perolehi.
Salah seorang dari mereka menjawab, "Rasa geli." Umur beliau baru 11 tahun. Ikhlas sekali jawapannya.
"Bang, saya pula rasa bersalah. Dah tengok sekali, rasa nak tengok lagi." Seorang lagi menjawab. Beliau yang paling tua di situ. Benar, bahan bahan lucah ini boleh menyebabkan ketagihan. Jika tidak dibendung dari awal, seseorang itu boleh terjebak kepada ketagihan melancap, zina, homoseksual, sumbang mahram, pedofilia dan yang berkaitan.
"Boleh bro tahu, kau orang tengok video lucah tu kat mana?" Tak sabar nak dengar jawapan mereka. Biasanya remaja akan jawab kawan yang hantar.
"Kawan saya yang share. Dia post kat wechat." Jawab salah seorang diantara mereka. Seperti yang dijangkakan.
"Saya tengok kat handphone kawan abang saya. Masa tu kawan abang saya datang rumah. Saya nak pinjam handphone dia sebab nak main game. Sekali ada video lucah. Saya tak tahu tu video lucah, saja je pasang. Sekali betullah video lucah." Jawab yang lain pula. Tersenyum riang je bila bercerita. Dia punya cerita tu geram je aku dengar. Hahaha
"Saya tengok kat phone abang saya. Dia yang tunjukkan pada saya."
Sedang yang lain berkongsi, ada seorang pelajar menundukkan wajah. Awal tadi beliau bersemangat, tapi kini beliaulah yang mendiamkan diri.
Aku bagi ruang setiap seorang untuk menjawab. Entah bagaimana, remaja yang diam tadi menjawab, "SAYA TENGOK KAT HANDPHONE AYAH SAYA."
Ternyata berat sekali untuk beliau luahkan. Rakan beliau yang lain mendiamkan diri.
Kawan kawan yang baik hati..
Jika dilihat remaja berkenaan, boleh aku simpulkan usia ayahnya lingkungan 35 tahun. Beliau anak yang pertama. Generasi bapa ini boleh digelar Bapa Gen Y, mereka yang lahir tahun 80an.
Sebagai seorang ayah kepada 2 orang anak, situasi seperti ini sangatlah saya risaukan. Tak pelik dalam handphone bapa bapa muda ada video pornografi. Maklumlah, di facebook beliaulah yang paling teruja follow cerita bintang porno Jepun datang ke Malaysia.
Malu tolak tepi. Kawan kawan beliau yang lain pun boleh tahan. Masing masing galak bercerita video lakonan bintang porno itu yang begitu dan begini.
Walhal, umur dah menganjak 30 an, dah berkahwin, anak pun ada. Tak takut ke kalau anak anak kita mengikut jejak langkah yang sama?
Tabiat buruk kita dahulu hentikanlah.
Ketagihan pornografi tidak mengira siapa. Apa agama kau, kuat agama atau tak, muda atau tua, bangsa yang bagaimana, semua akan jadi mangsa. Industri pornografi mengaut bilion dollar USD setahun.
Jangan anggap ini perkara biasa biasa. Ia merosakkan institusi rumahtangga, hubungan anak dan ayah, masyarakat, ummah dan negara.
Berhentilah. Aku merayu.