t>

Breaking News

Tak Malu Ke Promosikan Kedatangan Maria Ozawa Ke Malaysia Soal Cikgu.

Oleh : Shah Rafi
Penulisan ini mungkin akan menyebabkan rasa tidak senang kepada sesetengah pihak. Boleh hide, atau jika terlalu benci boleh blok. Cuma aku rasa terpanggil untuk menyentuh isu ni.
Panjang ni. Trust me.
Sehari dua ni heboh cerita Maria Ozawa datang ke Kuala Lumpur. Remaja lelaki yang meningkat dewasa dipertengahan tahun Y2K (masa ni tiada perkataan hipstur lagi dekat Malaysia) pasti mengenali beliau. Jangan bohong. Tak semua, tapi kebanyakannya akan kenal siapa Maria Ozawa. Tak perlu aku perkenalkannya.
Pada padangan aku ok je dia datang pun. Hak dia nak berjalan dekat mana pun dalam dunia ni. Malahan kerajaan kita pun tidak mengenakan sebarang sekatan imigresen kepada beliau. Yalah, cerita lakonan beliau tidak masuk pawagam The Rex, Coloseum, Odeon atau mana-mana cineplex dalam Jaya Jusco pada masa itu. Bukan macam cerita Beauty and The Beast. Pada masa itu yang ada hanyalah cd cetak rompak, 3gp dalam henfon Nokia sabun ataupun download dari web LimeWire diawal era letusan teknologi. Lebih kurang begitulah zamannya.
Dalam friendlist aku ramai yang meraikan kehadiran Maria. Update status, buat lawak sikit-sikit. Yang mana aku nampak aku hide atas alasan tidak berminat untuk turut serta atau yang rapat aku akan bagi setepek dekat batang hidung dalam group whatsapp. Tapi akhirnya kami ber hahahaha sama-sama no heart feeling.
Pada aku ia sesuatu yang memalukan untuk mengaku mengenali Maria Ozawa secara umum. Yalah, dulu masa nak tengok dia punyalah sakan menyorok dari pengetahun mak bapak dan kawan-kawan sebab malu. Tapi bila dia datang Malaysia kau raikan dia macam dia Emma Watson, takpun macam dia tu Selena Gomez. Maria adalah artis sisi gelap hiburan yang tidak diterima masyarakat. Kalau mak kau tahu kau tengok dia, agaknya masa tu kau makan nasi bubur guna straw dekat hospital. Mampus kena belasah bro.
Kehadirannya di kaca tv hanyalah sebagai simbol seks semata-mata. Sehingga kini aku masih tidak mahu mengaku melihat filem lakonan Maria. Ia sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan secara umum. Ya inilah kesilapan masa lalu yang tidak perlu diulang masa kini. Pernah dengar ungkapan "What happen in Vegas stay in Vegas"? Ya, konsepnya sama. Tiada beza dalam kes perfileman Maria Ozawa.
Kau sembang tengok Maria Ozawa ni kau tak malu ke bro? Ke macam mana? Perlu ke dosa kau diketahui umum. Pada aku, cukuplah dosa aku diketahui tuhan yang entah bila aku mampu bertaubat aku juga tidak tahu.
Yang memanggil aku menulis sedikit berkaitan isu ni adalah page Mynewshub. Bayangkan page yang mempunyai hampir 2.6 juta likers dan follower juga bercerita mengenai kehadiran bintang porno yang kita tahu kewujudannya tidak diiktiraf dalam industri hiburan negara. Ini bukan Vietnam yang kau boleh tonton rancangan porno di kaca tv. Ini Malaysia. Page ini tanpa segan silu menaikkan status konon-konon menghentam teman lelaki Maria Ozawa sedangkan artikel yang ditulis bertajuk "Bekas Pelakon Porno Datang Berkunjung Ke KL". Sebenarnya status atau quote menghentam itu hanya untuk menarik minat likers untuk klik link tersebut. Bukannya marah sangat pun.
Untuk apa di ceritakan perihal ini kepada umum? Supaya masyarakat tahu ada bintang porno sedang bercuti di Malaysia? Sehingga saat aku menulis telah ada 1.7k likes, 20 share dan 224 komen pelbagai reaksi yang menggelinjang kergersangan, sinis, gembira, mahupun marah dan semestinya sebaris makian dari aku sendiri.
Page lain aku tak pasti kerana aku tak like sangat page-page yang cari duit gunakan artikel-artikel yang tiada asas. Itu belum cerita hal media massa arus perdana punya berita lagi.
Mana pergi hal moraliti?
Persetankan kerana traffic dan keuntungan setiap klik kepada link adalah lebih penting.
Jika page sebesar ini dan media arus perdana juga turut bercerita hal bekas bintang porno Jepun secara bebas, apa lagi yang kita harapkan dengan masyarakat kita di masa hadapan?
Hari ni jika ada kes cabul kita melompat menempelak si pelaku. Ada kes rogol kita marah minta dihukum mati. Ada kes pedophile kita viralkan ke seluruh alam maya untuk diberi peringatan supaya menjaga diri dan keluarga. Tak cukup dengan tu kita jaja maklumat peribadi si pelaku. Sambil berteriak mati, mati, mati.
Tapi bila ada bekas bintang porno datang bercuti ke negara kita, kita raikannya dengan penuh keterujaan. Mana satu kau ni? Menentang perilaku seks bebas atau sebaliknya? Atau Kau gila seks ke apa sebenarnya? Atau kau memang tak tahu malu nak semua orang tahu yang kau pernah tengok Maria Ozawa berbogel tanpa seurat benang?Sedangkan konsert Megadeth untuk beberapa ribu orang ada juga yang menentang. Inikan pula kisah pornstar yang datang bercuti dan ada kemungkinan dibaca oleh 1 juta pengguna di page tersebut. Siapa yang akan menentang Mynewshub dan page-page besar yang lain jika ada bercerita mengenai Maria Ozawa? Kalau tiada, biar aku yang menentang kebodohan ini.
Isunya bukan dia datang bercuti, isunya adalah ia telah memulakan perasaan ingin tahu kepada pengguna-pengguna internet yang tidak pernah mengenali beliau. Secara tidak langsung isteri, sepupu, adik saudara, adik ipar, kakak, mak, bapak atau nenek yang melihat akan search siapa Maria Ozawa ni? Mynewshub dan mereka-mereka yang upadate status mengenai perkara ini telah mempopularkan kembali filem-filem lakonan Maria Ozawa secara tidak sedar. Semalam Maria Ozawa trending di Twitter sejurus aku mendaftar akaun laman sosial tersebut. Ya aku dah ada twitter ShahRafiIhsham. Pergi tekan follow sana.
Termasuklah artikel yang aku tulis ni. Sesiapa yang terbaca akan bertanya dan perasaan ingin tahu itu amat dalam sebenarnya lebih-lebih lagi untuk perkara negatif. Aku juga bersalah. Tapi aku rasa perkara ini perlu disentuh dari sisi lain selain meraikannya penuh keterujaan sambil lelehan air mazi di kemaluan.
Persoalannya, adakah perlu kita mempopularkannya atau "What happen in Vegas stay in Vegas?"
Kau fikirlah sendiri dan jangan disalahkan jika masyarakat ini terus hanyut dan rosak ditelan zaman. Malahan lebih rosak daripada kerosakan aku, kau dan mereka semua.
"With a great power, comes great responsibility"