t>

Breaking News

Anak-Anak Saya Semakin Hari Semakin Stress Dengan Kerja Rumah - Bapa.

Tular di laman sosial tentang luahan seorang bapa yang menceritakan betapa anak-anaknya semakin lama semakin merasa tertekan disebabkan kerja sekolah yang semakin lama semakin menimbun dari hari ke hari.

Luahan itu tidak disangka-sangka mendapat perkongsian ramai pihak yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Setakat artikel ini ditulis, ianya telah dikongsikan lebih dari 1,100 kali di Facebook. Meskipun ada yang mengkritik luahan tersebut namun rata-rata netizens berpandangan serupa dengan kenyataan bapa tersebut.

Baca luahannya dibawah ini;

Oleh : Wasfi Ahmad
Semalam berkesempatan ke sekolah bertemu guru kelas anak anak untuk tandatangan report kad anak.
Saya khabarkan kepada guru guru kelas anak saya, bahawa anak-anak saya semakin hari semakin stress dengan kerja rumah, semakin hari mereka menjadi bosan untuk menyiapkan kerja sekolah mereka. Watak watak mereka juga semakin hari bertukar kecerian mereka sebagai kanak kanak semakin pudar.
Sebagai ayah saya tidak menekan anak saya untuk menyiapkan kerja sekolah yang banyak, sampai satu tahap mereka tidak mampu berfikir untuk menyudahkan kerja sekolah yang mudah. 
Minda dan fikiran mereka ditekan keikhlasan mereka untuk menyiapkan kerja sekolah tidak ada, jika tidak siap mereka akan takut untuk ke sekolah, takut akan dimarahi oleh cikgu di sekolah, selalunya kerja sekolah yang banyak bukan disiapkan oleh mereka, yang akan menyiapkan kerja sekolah mereka ialah ibu mereka.
Saya katakan pada guru anak-anak saya, saya tidak kisah jika anak saya tidak mendapat A tidak menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah, saya menghantar mereka ke sekolah supaya mereka boleh belajar untuk bergaul berkawan kawan belajar untuk berkomunikasi dan menikmati hidup mereka sebagai kanak kanak.
Sistem pendidikan untuk anak kita sekarang tidak menjadikan mereka kanak-kanak yang ceria dan bebas beraktiviti tidak menjadikan anak anak kita sebagai kanak kanak yang sebenar, sistem ini menekan anak anak kita menjadikan mereka stress di usia yg sangat sangat muda.
-----------
Ada benarnya pandangan bapa tersebut, ini kerana kita melihat alat pengubat stress seperti Slime dan soft toys dan terbaru Fifget Spinner sangat popular dikalangan anak-anak sekolah rendah dan menengah.
Penulis pernah bertanyakan kepada sekumpulan murid yang sedang bersembang-sembang tentang spinner sambil memainkan objek itu dan berikut adalah perbualan lebih kurang antara kami.
Penulis : Terer ke main tu. Macam mana korang main.. dia boleh pusing2 macam gasing ke (saja buat lawak tak kelakar)
Kanak-kanak 1 : Hahahaha.. (tersenyum-senyum)
Kanak-kanak 2 : Orang tua mana tahu..
Kanak-kanak 3 : Pusing je. Saya boleh tukar-tukar jari lagi cik.
Penulis : Ko punya ada lampu. Dia punya takde ke. (Baru tahu spinner neh ada bermacam jenis).
Penulis : Mahal ke korang beli neh. Kat mana beli (masa tu anak-anak penulis hari-hari meminta belikan spinner, katanya rm25 setiap satu).
Kanak-kanak 3 : Beli kat kedai dalam. Tinggal sikit je. Yang saya punya neh rm17. Kalau ada lampu mahal sikit.
Kanak-kanak 4 : Sebenarnya cik benda neh bukannya permainan pun. Dia nak hilangkan stress je.
Penulis : Korang rasa stress ke? 
Beberapa kanak-kanak : Stress la.
Penulis : Pasal apa stress?
Kanak-kanak 3 : Cikgula asyik marah je. Saya bawa spinner neh kat sekolah (masa tu kami kat kawasan sekolah selepas habis waktu sekolah) sebab nak hilangkan stress la neh.
---------------------------
Sebenarnya kerja rumah adalah bertujuan untuk melatih kemahiran para pelajar. Mana mungkin ibu bapa dan guru-guru boleh mengabaikan kepentingan kerja sekolah dan latihan bagi meningkatkan kefahaman murid-murid. 
Perlu diingat, para pelajar zaman dahulu hanya ada beberapa subjek berbeza para pelajar zaman sekarang. Tambahan pula waktu persekolahan masih sama sedangkan subjek semakin menambah. Ini menambahkan tekanan bukan hanya dikalangan guru tetapi dikalangan pelajar juga.
Kementerian pula seringkali menukar sistem tanpa  mengambilkira pandangan, peranan dan sentimen guru dan ibu bapa yang terlibat setiap kali pertukaran sistem/modul itu berlaku.
Satu mekanisme pendidikan terbaik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan dan ketengangan semua pihak yang terlibat. - Sozcyili.