Gambar-Gambar 3 Beradik Diselamatkan JKM Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa Bersendirian Dalam Keadaan Kotor Dan Terbiar.
Tular di media sosial beberapa gambar yang merujuk kepada tiga adik beradik yang dibiarkan tinggal sendirian oleh ibu bapa mereka kononnya kerana terpaksa keluar bekerja.
Gambar-gambar itu dikesan pada awalnya dimuat-naik oleh facebooker yang dikenali dengan nama Julian Abd Razak sebelum tular di page-page Facebook dan laman blog serta portal-portal berita.
Dalam status berkenaan, Julian menulis bahawanya tiga adik beradik itu dalam keadaan yang kotor dan bergelumang dengan najis serta terbiar untuk satu tempoh yang agak lama.
Ketiga-tiganya berusia 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun masing-masing dan ibu bapa berkenaan mempunyai seorang lagi anak kecil yang masih bayi yang dibawa bersama.
Menurut Julian lagi, ketiga-tiga adik beradik itu sudah beberapa hari tidak mandi dan hanya memakan kerak nasi sahaja bersama lauk kicap sahaja.
Kata Julian lagi, si ibu kepada anak-anak kecil itu bekerja di Gelang Patah dan telah mengamanahkan suami untuk menjaga anak-anak ketika beliau pergi bekerja namun sayangnya anak-anak kecil itu ditinggalkan dalam keadaan yang tidak terurus. Malahan terdapat najis di atas tilam.
Selepas tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizens, JKM Johor Bharu bersama anggota polis dari cawangan Larkin telah turun ke lokasi kejadian dan mengambil ketiga-tiga anak tersebut untuk dijaga.
Kesemua mereka diletakkan di bawah jagaan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Sultanah Aminah sehingga kes siasatan selesai. Kesemua kanak-kanak itu juga tidak boleh diambil oleh ibu bapa mereka buat sementara waktu.
Julian turut menjelaskan pasangan berkenaan yang balik pada waktu malam hairan apabila mendapati anak-anak mereka tiada di dalam bilik, sebelum dimaklumkan oleh pemilik tempat itu mengenai apa yang berlaku.
Sebenarnya kesusahan hidup zaman sekarang mereka sesetengah ibu bapa terpaksa keluar mencari nafkah dan meninggalkan anak-anak kecil tetapi janganlah sampai diabaikan sehingga tak mandi berhari-hari lamanya.
Cuba minta bantuan ahli keluarga untuk menjaga anak ataupun jiran-jiran ataupun cuba cari kerja yang berbeza shift agar boleh bergilir-gilir jaga anak. Satu lagi, merancanglah keluarga. Kalau dah tahu kita belum stabil dari segi kewangan, kawal sikit bilangan anak. - Sozcyili.

"Ibu bapa mereka balik pada waktu malam dan pemilik tempat itu memaklumkan kepada mereka apa yang telah berlaku. Pada awalnya ibu bapa mereka tidak mahu mengaku, kononnya terpaksa tinggalkan anak sebab ada kursus. Namun kejadian ini bukan kali pertama berlaku.
"Kemudian si ibu bertanya di mana anak-anak dia. Pemilik tempat itu memaklumkan anak-anaknya telah diambil oleh pihak JKM dan dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak.
"Mereka menangis teresak-esak seperti kematian anak selepas dimaklumkan. Si ibu berkata, dia sayangkan anak-anaknya dan tiga beradik itulah semangat dia untuk hidup dan tidak sanggup berjauhan dan mereka tidak pernah berpisah.
"Kami hanya mampu tengok saja 'drama sedih' itu, sebelum ditenangkan oleh pemilik tempat itu. Dalam masa yang sama dia berkata dia menyesal buat anak-anaknya begitu," katanya.