Pelajar PHD Universiti Tempatan Kantoi ‘Rakam’ Aksi Sejenis Di Tandas Pusat Membeli Belah!
Seorang lelaki diserahkan kepada polis gara-gara membuat onar di tandas lelaki di sebuah pusat membeli belah di Seri Kembangan.
Lelaki tersebut yang merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan ditangkap ketika cuba merakam 'kaum sejenisnya' yang sedang membuang hajat lapor Mstar.
Seorang pengguna Facebook Mazrul Hisham memuat naik status berkongsi pengalaman di tempat kejadian.
"Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5 petang semalam (Jumaat) di Mines. Selepas solat Asar saya dengar ada orang menjerit di tandas lelaki.
"Saya terus ke sana dan melihat seorang staf Celebrity Fitness sedang memegang seorang lelaki. "Rupanya kantoi merakam di tandas dengan telefon bimbit. Kami terus bawa dia (suspek) ke pejabat pengawal keselamatan.
"Pada mulanya kami mahu lepas sahaja, sebabkan kasihan. Tetapi apabila melihat klip-klip video dalam 'handphone'nya tu, terus kami hubungi polis," jelas Mazrul.
Menurut Mazrul, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan hanya memuatnaik status dan gambar hanya untuk peringatan. "Saya 'cuak' juga kot-kot klip turut rakam saya di tandas tu sebab sebelum kejadian, lebih kurang 15 minit saya masuk ke situ. "Nasib baik 'takde'.
Cuma saya malu melihat pelbagai adegan dalam handphone tu. Malah bukan di tandas itu sahaja di tempat lain pun dia buat hal. "Ada yang tengah mandi, dan muka nampak jelas. Amat memalukan. Lebih-lebih lagi suspek ni merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah di universiti berdekatan.
"Kami serahkan kes ini kepada polis sahaja," ujarnya. Mazrul berharap kejadian seperti ini perlu diambil tindakan tegas kerana ia melibatkan maruah seseorang.
Sumber : Mstar
Gambar suspek |