t>

Breaking News

Ini Pandangan-Pandangan Ulama Yang Membenarkan Anak Luar Nikah Dibinkan Nama Bapa..

Oleh : Norhayati Kaprawi
Ada yang kata "Hukum tetap hukum" - maknanya, hukum ibarat dah dipahat di batu tak boleh nak ubah-ubah sikit pun. (saya orang Batu Pahat, terjadi saya berilah perumpaan ini.. :-) )
Orang yang cakap sedemikian lupa bahawa hukum yang menetapkan kalau yang curi barang itu orang miskin da'if, maka tidak boleh dipotong tangannya - itu adalah pendapat peribadi atau fatwa Sayidina Umar r.a. dan bukannya hukum Tuhan .
Kalau ikut al-Qur'an, hukum curi adalah potong tangan. Tak ada pengecualian, orang kaya ataupun orang miskin :
"...dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka (hukumnya) potonglah tangan mereka..." (Surah Al Maidah: 38-40)
Apakah Umar tidak faham al-Qur'an? Tentulah beliau faham. Tapi Umar bukan setakat hafal teks atau ayat al-Qur'an - akan tetapi Umar juga sangat faham tentang wawasan Islam yang luas tentang keadilan sosial. Kerana itu Umar berani berijtihad atau berfatwa sedemikian.
Dalam isu anak yang dilahirkan di luar pernikahan. Ada ulama dulu pun punya spirit yang sama seperti Umar. Mereka tidaklah bermentaliti sadis dan berotak beku seperti sesetengah orang. Lihat bagaimana mereka sedaya upaya cari jalan supaya anak yang dilahirkan di luar pernikahan itu tetap boleh diiktiraf secara sah atau secara formal akan hubungan ayah-anaknya.
Saya petik dari buku Undang-Undang Keluarga Islam , tulisan Dato' Haji Ismail Yahya - bekas Ketua Hakim Syari'e dan juga bekas Mufti Terengganu. Dato Ismail tulis bab khusus tentang isu anak tak sah taraf.
Secara ringkasnya, Dato Ismail mengenengahkan beberapa fatwa seperti :
1. Fatwa dari ulama-ulama Mazhab Syafi'e sendiri, iaitu dari kitab Bughyatul Mustarsyidin yang ditulis oleh al-Sayyid `Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin `Umar, dikenali dengan nama Ba’lawy, Mufti Negara Hadhramaut, terbitan Darul Fikr.
“Seorang perempuan hamil dari perbuatan zina, kemudian dia melangsungkan akadnikah perkahwinan dengan seseorang lelaki. Dalam tempoh perkahwinan berkenaan, suaminya itu berkeupayaan tinggal bersamanya sebagai suami isteri, lalu dalam tempoh enam bulan dua saat (lahzoh) dari tarikh akadnikah perkahwinan mereka, perempuan berkenaan melahirkan anak, dalam hal suaminya itu berkeupayaan melakukan persetubuhan dengannya, maka anak berkenaan itu hendaklah dinasabkan kepada lelaki yang menjadi suaminya itu.”
Nampak tak ? Dalam bahasa mudahnya : Walau sudah diketahui bahawa anak wanita yang dilahirkan itu hasil zina, namun jika dia berkahwin dengan seorang lelaki, dan anak itu lahir 6 bulan dari tarikh nikah - maka anak itu hendaklah dinasabkan pada lelaki yang telah jadi suami wanita itu.
Maka, apakah pendirian ulama mazhab Syafie yang berusaha untuk jaga maruah pada si anak itu boleh dikatakan 'cover-cover macam tu nanti menggalakkan zina '?
2. Di dalam kitab Al-Ahwal As-Syakhsiyyah fi As-Syariiatil Islamiyyah, oleh Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid, Darul Kitab Al-Arabi, Beirut, Labenon, cetakan pertama, 1404H/ 1984., muka surat 359 – 360 menyebut (Saya ringkaskan saja di sini) :
Walaupun bagi anak yang dilahirkan kurang 6 bulan dari tarikh nikah - NAMUN , sekiranya suami berkenaan membuat pengakuan bahawa anak yang dilahirkan oleh isterinya yang kurang tempohnya enam bulan dari tempoh perkahwinan, adalah anaknya dan dia tidak pula menyatakan anak berkenaan itu adalah anak dari perbuatan zinanya, maka anak sedemikian itu hendaklah dinasabkan kepada suami tersebut mengikut pengakuannya itu. (alasan2 hujahnya ada dinyatakan dlm buku tsbt).
3. Dr. Abdul Karim Zaidan, ketika membahaskan persoalan pensabitan nasab bagi anak zina, di dalam kitab Al-Mufassol fi Ahkamil Mar’ah wa al-Bayt al-Muslim fi al-Shari’atil Islamiyyah, juzuk kesembilan, percetakan Muassasah Al-Risaalah, Beirut, Lebanon, cetakan ketika 1417H/ 1997M., pada muka surat 384, atau pada butiran 9924, menyebut seperti berikut :-
‘Pendapat yang lebih kuat menegaskan bahawa anak zina tidak disabitkan nasabnya kepada lelaki penzina sama ada lelaki penzina itu berkahwin dengan perempuan yang dizina yang hamil itu dan melahirkan anak kurang dari enam bulan dari waktu akadnikah perkahwinan, atau pun tidak berkahwin, yang kemudiannya melahirkan anak zina. Walau bagai mana pun jika lelaki penzina itu menuntut disabitkan anak zina itu kepadanya dengan dia tidak menyatakan yang anak itu adalah adalah anak dari perbuatan zinanya, maka anak itu hendaklah dinasabkan kepada lelaki zina itu mengikut undang-undang atau peraturan-peraturan keduniaan.
Nampak tak macam mana sesetengah ulama yang faham wawasan keadilan dan rahmayt Islam pada manusia - sedaya upaya cuba juga sambungkan nasab antara bapak kandung dengan anak zinanya itu?
Berani ke nak tuduh ulama-ulama besar itu tak faham agama , atau tak faham hukum, atau bersekongkol dalam menggalakkan zina?
Jadi, spirit atau pendekatan ulama2 besar itu pun selarilah dengan undang2 sivil di malaysia ini - yang jelas menyatakan kalau lelaki itu mengakui bahwa bayi iti adalah anaknya, maka JPN hendaklah menerima dan mencatatkan bahawa dia adalah bapa anak itu.