Isu Anak Luar Nikah Dibinkan Dengan Nama Bapa, Ini Penjelasan MAZA.
Oleh : MAZA
MASALAH NASAB ANAK KURANG DARIPADA ENAM BULAN PERKAHWINAN
Soalan : Mengapakah Fatwa Perlis mengizinkan anak yang kurang enam bulan dari usia perkahwinan dinasabkan kepada bapanya? Tidakkah ini menyanggahi ijmak ulama? Tidakkah ini akan menggalakkan perzinaan?
Naser Desa
Selangor.
Selangor.
Jawapan Dr MAZA : Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Semoga Allah merahmati mereka yang terlebih dahulu memahami isu sebelum mengeluarkan pandangan hukum. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar untuk difahami dalam isu ini;
1. Fatwa Negeri Perlis yang diwartakan pada tahun 2013 (zaman Mufti Perlis yang sebelum ini) atas perkenan Raja Pemerintah. Warta fatwa itu menyebut: “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”.
Ertinya, fatwa ini mensyaratkan bapa yang hendak dinasabkan itu hendaklah berkahwin dengan si ibu yang mengandung tersebut dan si bapa tidak menafikan itu adalah anaknya. Ini bermaksud, fatwa ini tidak merangkumi semua anak zina yang lahir yang ibunya tidak mempunyai suami.
2. Beza fatwa ini dengan pegangan beberapa fatwa pihak lain, mereka mensyaratkan enam bulan dan ke atas. Ada dengan tambah beberapa lahzah. Dalam ertikata lain, jika ia hasil zina sekalipun namun lahir selepas enam bulan ke atas maka boleh dinasabkan kepada si bapa. Sementara fatwa Perlis tidak mensyaratkan enam bulan dan ke atas.
Wilayah Persekutuan melalui majlis fatwanya juga telah menjelaskan dengan menyebutkan: “Kalau anak dalam kandungan itu lahir setelah lebih enam bulan dari tarikh ibunya bernikah dengan lelaki itu, maka lelaki itu dikira sebagai anak yang sah taraf dan boleh dinasabkan kepada lelaki itu (suami ibunya) walaupun anak itu lahir HASIL DARI PERZINAAN.” (http://www.muftiwp.gov.my/…/908-irsyad-al-fatwa-ke-147-isu-… )
3. Dalam isu anak zina, ada perkara yang ijmak (sepakat para mujtahid tanpa kecuali) dan ada yang khilaf iaitu para mujtahid berbeza pendapat.
Perkara yang menjadi ijmak ialah jika seseorang wanita itu melahirkan anak selepas enam bulan perkahwinan, maka anak itu hendaklah dibinkan kepada si suami. Sekiranya ada yang cuba mendakwa itu adalah anaknya hasil perzinaannya dengan si ibu, dakwaan itu sama sekali tidak diterima. Ini melainkan si suami menafikan itu adalah anaknya. Maka ketika itu proses li’an ataupun mula’anah iaitu laknat melaknati diri jika berbohong hendaklah dilakukan. Selepas itu, anak tidak dibinkan kepada si suami.
Demikian para ulama ijmak, jika wanita itu tidak bersuami dan penzina pula tidak mengaku itu merupakan anaknya, maka anak berkenaan tidak boleh dinasabkan kepada penzina.
Adapun jika si ibu tidak mempunyai suami dan penzina mengaku itu merupakan anaknya, maka ketika itu para ulama khilaf sama ada boleh ataupun tidak dinasabkan kepada si penzina.
4. Asas perbincangan hal ini ialah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan selain mereka:
الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ، وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ
الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ، وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ
“Anak itu (nasabnya) kepada suami, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang boleh dituntut)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi s.a.w apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang ketika itu masih budak, sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ini diangkat kepada Nabi s.a.w, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d, NAMUN baginda memutuskan anak itu ialah anak si suami yang sah ketika iaitu Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang boleh dituntut) ”.

Hadis ini bagi kes wanita yang bersuami (mempunyai firash). Adapun wanita yang tidak mempunyai suami, maka di sana perselisihan pendapat ulama berlaku jika ada lelaki yang mendakwa anak yang dikandung ataupun dilahirkan itu merupakan anaknya.
5. Ertinya, dalam isu ini, ada perkara yang sepakat para mujtahid (ijmak) dan ada yang para mujtahid berkhilaf pendapat. Al-Imam Ibn Qudamah (meninggal 620H) menyebut dalam kitab fekahnya yang masyhur iaitu al-Mughni :
وَرَوَى عَلِيُّ بْنُ عَاصِمٍ، عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ، أَنَّهُ قَالَ: لَا أَرَى بَأْسًا إذَا زِنَى الرَّجُلُ بِالْمَرْأَةِ فَحَمَلَتْ مِنْهُ، أَنْ يَتَزَوَّجَهَا مَعَ حَمْلهَا، وَيَسْتُرَ عَلَيْهَا، وَالْوَلَدُ وَلَدٌ لَهُ
وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّهُ إذَا وُلِدَ عَلَى فِرَاشٍ رَجُلٍ، فَادَّعَاهُ آخَرُ.أَنَّهُ لَا يَلْحَقُهُ، وَإِنَّمَا الْخِلَافُ فِيمَا إذَا وُلِدَ عَلَى غَيْرِ فِرَاشٍ.

'Ali bin 'Asim meriwayatkan daripada Abu Hanifah (Imam Mazhab Hanafi) bahawa beliau berkata: "Jika seseorang lelaki berzina dengan seorang perempuan lalu mengandung disebabkan perzinaan itu, aku berpendapat TIDAK SALAH untuk dia berkahwin dengannya dalam keadaan dia hamil, menutupinya (aib) dan anak itu dikira anaknya"
(sambung Ibn Qudamah lagi) "Para ulama ijmak (sepakat tanpa kecuali) bahawa jika anak dilahirkan dalam keadaan isteri bersuami, kemudian ada orang lain mendakwa itu anaknya, anak itu tidak akan dinasabkan kepada yang mendakwa. Hanya para ulama berkhilaf (berbeza pendapat tentang nasab) apabila anak itu lahir dalam keadaan perempuan tidak mempunyai suami. "(rujuk: Ibn Qudamah al-Maqdisi, ِAl-Mughni, 6/345. Maktabah al-Qahirah).
6. Sememangnya jumhur para ulama berpendapat bahawa anak zina tidak boleh dinasabkan kepada bapanya si penzina. Pendapat ini dipegang oleh beberapa majlis fatwa termasuklah Majlis Fatwa Arab Saudi (Fatawa al-Lajnah al-Daimah). Demikian juga Jawatankuasa Fatwa JAKIM. Alasan pihak jumhur telah disebut oleh banyak pihak dan tidak perlu diulangi di sini.
7. Di sana ada pendapat yang membolehkan dinasabkan kepada bapa zina yang mengaku anaknya. Pendapat ini dinukilkan daripada ‘Urwah bin al-Zubair (perawi hadis yang merupakan anak saudara Umm al-Mukminin ‘Aishah r.aha dan salah seorang dari tujuh ahli fekah Madinah yang terbilang), Al-Hasan al-Basri (ilmuwan terbilang dalam sejarah Islam yang merupakan anak susuan Umm al-Mukminin Umm Salamah r.ha), Sulaiman bin Yasar (salah seorang tujuh ahli fekah terbilang Madinah yang merupakan maula Umm al-Mukminin Maimunah binti Harith r.ha), Muhammad bin Sirin (seorang tabi’i agung yang merupakan murid Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah dan selain mereka), Ishaq bin Rahuyah/Rahawaih (ahli hadis cenderung membaca dengan sebutan Rahuyah, seorang ilmuwan hadis dan fekah yang terbilang). (sila lihat: Ibn Qudamah, Al-Mughni 6/345, Ibn al-Qayyim al-Juaziyyah, Zad al-Ma’aad, 5/381, Kuwait: Maktabah al-Manar).
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751) dalam Zad al-Ma’aad :
إِنْ قِيلَ: فَقَدْ دَلَّ الْحَدِيثُ عَلَى حُكْمِ اسْتِلْحَاقِ الْوَلَدِ، وَعَلَى أَنَّ الْوَلَدَ لِلْفِرَاشِ، فَمَا تَقُولُونَ لَوِ اسْتَلْحَقَ الزَّانِي وَلَدًا لَا فِرَاشَ هُنَاكَ يُعَارِضُهُ، هَلْ يَلْحَقُهُ نَسَبُهُ وَيَثْبُتُ لَهُ أَحْكَامُ النَّسَبِ؟
قِيلَ: هَذِهِ مَسْأَلَةٌ جَلِيلَةٌ اخْتَلَفَ أَهْلُ الْعِلْمِ فِيهَا، فَكَانَ إِسْحَاقُ بْنُ رَاهَوَيْهِ يَذْهَبُ إِلَى أَنَّ الْمَوْلُودَ مِنَ الزِّنَى إِذَا لَمْ يَكُنْ مَوْلُودًا عَلَى فِرَاشٍ يَدَّعِيهِ صَاحِبُهُ، وَادَّعَاهُ الزَّانِي - أُلْحِقَ بِهِ، وَأُوِّلَ قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ( «الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ» ) عَلَى أَنَّهُ حَكَمَ بِذَلِكَ عِنْدَ تَنَازُعِ الزَّانِي وَصَاحِبِ الْفِرَاشِ، كَمَا تَقَدَّمَ، وَهَذَا مَذْهَبُ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ، رَوَاهُ عَنْهُ إسحاق بِإِسْنَادِهِ فِي رَجُلٍ زَنَى بِامْرَأَةٍ، فَوَلَدَتْ وَلَدًا، فَادَّعَى وَلَدَهَا فَقَالَ: يُجْلَدُ وَيَلْزَمُهُ الْوَلَدُ. وَهَذَا مَذْهَبُ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ وَسُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، ذَكَرَ عَنْهُمَا أَنَّهُمَا قَالَا: (أَيُّمَا رَجُلٍ أَتَى إِلَى غُلَامٍ يَزْعُمُ أَنَّهُ ابْنٌ لَهُ، وَأَنَّهُ زَنَى بِأُمِّهِ، وَلَمْ يَدَّعِ ذَلِكَ الْغُلَامَ أَحَدٌ، فَهُوَ ابْنُهُ) وَاحْتَجَّ سليمان بِأَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يُلِيطُ أَوْلَادَ الْجَاهِلِيَّةِ بِمَنِ ادَّعَاهُمْ فِي الْإِسْلَامِ

(Jika ditanya, bahawa sesungguhnya hadis berkaitan menunjukkan hukum tuntutan nasab anak dan anak itu dinasabkan kepada si suami, apakah pendapat kamu jika penzina menuntut seseorang anak yang ibunya tidak bersuami untuk dinasabkan kepada si penzina itu. Apakah anak akan menjadi nasabnya dan disabitkan kepadanya hukum-hakam nasab?
Disebutkan ini masalah yang besar, ahli ilmu telah berselisah pendapat mengenainya. Adalah Ishaq bin Rahawaih berpendapat bahawa anak zina jika ibunya tiada suami yang mendakwa anaknya sementara penzina mendakwa anaknya maka dinasabkan kepada penzina. Ditakwilkan sabda Nabi s.a.w: “Anak itu (dinasabkan) kepada suami” itu bahawa Nabi s.a.w menghukum demikian apabila berlaku pertikaian antara penzina dan suami ibu, seperti yang telah dinyatakan seblum ini. Inilah mazhab al-Hasan al-Basri, telah meriwayatkan daripadanya Ishaq (bin Rahuyah) dengan sanadnya mengenai lelaki yang berzina dengan seorang perempuan dan melahirkan anak, lalu lelaki itu mendakwa itu anaknya, jawab al-Hasan al-Basri:
“Disebat dan anak dilazimkan (dinasabkan) kepadanya. Inilah juga Mazhab ‘Urwah bin al-Zubair dan Sulaiman bin Yasar. Diriwayatkan daripada mereka berdua berkata: Mana-mana lelaki yang datang ke seorang kanak-kanak lalu mengakui itu anaknya bahawa dia pernah berzina dengan ibunya, sementara tiada sesiapa pula selainnya yang mendakwa anak itu anaknya, maka anak itu dikira sebagai anak lelaki yang mengaku itu.
Sulaiman bin Yasar berhujah bahawa Umar bin al-Khattab menasabkan anak-anak (yang lahir) semasa jahiliah kepada sesiapa yang mengaku anaknya semasa Islam).
8. Pendapat kedua ini telah ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h dan Qayyim al-Jauziyyah r.h.
Demikian juga al-Syeikh Muhammad Ridha r.h dalam tafsirnya al-Manar ketika menafsirkan ayat 23 Surah al-Nisa. Beliau menolak pendapat ulama Mazhab Syafi’i yang membolehkan bapa zina berkahwin dengan anak zina. Ketika itu beliau menyebut bahawa nasab disabitkan dengan perkahwinan ataupun pengakuan. Lelaki yang berzina hendaklah dinasabkan kepadanya jika pasti itu anaknya. (lihat: Tafsir al-Manar, 4/382, Mesir: al-Haiah al-Misriyyah al-‘Ammah).

9. Antara alasan pendapat kedua ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim tentang Juraij seorang ahli ibadah yang dituduh berzina dengan seorang wanita oleh orang ramai.
Padahal wanita itu telah berzina dengan orang lain. Juraij telah berwuduk, bersolat dan memohon kepada Allah. Allah telah menzahirkan karamah di tangan Juraij dalam peristiwa itu di mana dia datang kepada bayi tersebut yang masih kecil dan bertanya :
قالَ مَنْ أَبُوكَ يَا غُلَامُ! قَالَ: الرَّاعِي (Wahai budak! Siapakah bapa kamu? Jawab bayi itu: Pengembala itu)
قالَ مَنْ أَبُوكَ يَا غُلَامُ! قَالَ: الرَّاعِي (Wahai budak! Siapakah bapa kamu? Jawab bayi itu: Pengembala itu)
Jawapan bayi ini dijadikan hujah bahawa dalam karamah yang Allah zahirkan itu bayi itu apabila ditanya “siapa bapa kamu” dia menjawab pengembala itu. Ertinya, dinasabkan anak zina kepada bapanya. Tidak ditanya siapakah yang berzina dengan ibu kamu tetapi siapakah bapa kamu. Anak itu dinisbahkan kepada bapa zinanya.
Ini antara hujah yang digunakan dalam isu ini. Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menafsirkan Surah al-Nisa ayat 23 membentang hujah pendapat ini yang beralasan dengan hadis Juraij tersebut. Antaranya al-Qurtubi menyebut :
فَكَانَتْ تِلْكَ النِّسْبَةُ صَحِيحَةٌ بِتَصْدِيقِ اللَّهِ تَعَالَى وَبِإِخْبَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَثَبَتَتِ الْبُنُوَّةُ وَأَحْكَامُهَا (Adalah nisbah tersebut sesuatu yang sahih dengan perakuan Allah ta’ala dan perkhabaran Nabi s.a.w s.a.w mengenai hal itu. Maka sabitlah kedudukannya sebagai anak dan hukum hakamnya) (sila lihat: Al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/115, Beirut: Dar al-Fikr).

10. Setelah meneliti penghujahan kedua pihak dan menyedari ini merupakan masalah khilaf dalam kalangan fuqaha, Fatwa Perlis juga meneliti fonomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini. ‘Bin Abdullah’ yang diamalkan secara tidak langsung boleh menzalimi kehidupan anak yang tidak bersalah. Tidak memberikan peluang kepada seseorang yang bersalah menutup dosa yang telah dilakukan sekalipun dirinya telah bertaubat.
11. Apabila seseorang penzina berkahwin dan bertaubat, Allah itu maka menerima taubat. Atas sikap yang bertanggungjawab, dia membesarkan anak zina. Jika anak itu dibinkan dengan Abdullah, pasti si anak akan bertanya: “Mengapa saya bin ‘Abdullah?”. Apakah wajar untuk si bapa menjawab: “Saya dan ibu kamu dahulu berzina?”. Jika itulah jawapannya, bererti ibubapa berkenaan telah membuka keaiban diri mereka yang dilarang oleh nas-nas Islam untuk mereka membukanya. Bahkan jawapan itu akan menghilangkan rasa hormat si anak kepada ibu dan bapa zinanya yang cuba membesarkan dan mendidiknya menjadi insan yang baik.
Jika ada anak-anak lain daripada hubungan halal, mereka juga akan mengetahui aib ibubapa mereka dan tidak akan menghormati keduanya. Ini semua akan menjadikan proses pendidikan ke arah yang baik terganggu. Mentaliti generasi pada zaman ini berbeza dengan zaman semasa kitab fekah dahulu ditulis. Pendedahan ini boleh membawa kepada penderhakaan ataupun kebencian kepada ibubapa dari anak-anak yang lain juga. Sekali lagi isi keluarga boleh berberantakan. Semangat mendidik anak-anak menjadi baik juga akan hilang. Ini boleh membawa keruntuhan instutusi keluarga yang banyaknya telah rapuh.
Pada zaman yang role model amat kurang bagi generasi anak-anak, ibubapa sepatutnya menjadi contoh baik kepada anak-anak sendiri. Jika dari awal, keaiban dan kemaksiatan ibubapa yang lepas didedahkan secara catatan ‘bin Abdullah’, apatahlagi yang tinggal bagi puluhan ribu, bahkan -dikatakan- ratusan ribu anak-anak ini? Apakah kita mahu melihat keruntuhan maksiat zina yang lepas membawa kepada keruntuhan demi keruntuhan yang lain?
Apabila anak tersebut ke sekolah, dia dipandang serong dan ibubapanya yang telah bertaubat itu dibuka lagi keaiban mereka. Demikian seterusnya perjalanan kehidupan anak tersebut. Ibubapanya dibuka keaiban, dirinya dipandang hina. Apakah kita mahu menghapuskan semangat dalam diri anak-anak ini?!
12. Hendaklah kita sedar bahawa pendaftaran dalam kad nama dan penggunaan seperti hari ini serta kesannya dalam institusi moden tidak sama seperti zaman silam ketika sebahagian fatwa dikeluarkan dahulu.
Jika jumlah yang berbin Abdullah ratusan ribu seperti yang dilaporkan, apakah kesan psikologi terhadap jumlah yang banyak ini. Tidakkah kita seakan-akan menghalang perkembangan positif anak-anak ini?! Tidakkah kita menjadikan mereka merasakan zina adalah darah daging mereka lalu mereka juga menuju ke arah itu disebabkan tekanan yang dihadapi?!
Tidakkah juga apabila terlalu ramai yang berbin Abdullah sebagai tanda zina berlaku, maka akhirnya masyarakat akan merasakan zina itu sesuatu yang biasa kerana di sekeliling mereka manusia yang mempunyai tanda zina pada nama mereka? Siapakah yang menggalakkan zina jika hal ini berlaku?
13. Di zaman ini, lelaki yang sanggup bertanggung jawab atas dosa mereka kepada wanita yang disetubuhinya secara haram bukannya mudah. Ruang untuk melepaskan diri itu terbuka. Kesanggupan bertanggungjawab ke atas kesalahannya itu sebenarnya sesuatu yang ada nilainya.
Namun, jika lelaki penzina tahu, sekiranya dia cuba bertanggungjawab dengan berkahwin maka dia menanggung malu sepanjang hayatnya.
Pastinya ataupun kemungkinan besar, dia akan mengelakkan diri dari bertanggungjawab. Akhirnya, hanya pihak perempuan sahaja yang akan menanggung derita. Jika ini berterusan, maka fonomena seperti di Barat akan membuak di mana anak hanya ada ibu sahaja yang bertanggungjawab.
14. Sedangkan dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka, Nabi s.a.w menyebut :
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ (Sesiapa yang menutup seorang muslim, Allah tutup aibnya pada Hari Kiamat)
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ (Sesiapa yang menutup seorang muslim, Allah tutup aibnya pada Hari Kiamat)
Menutup aib merupakan sesuatu yang penting dalam agama. Dukacita, ada pihak yang melihat ini sesuatu yang remeh.
Melihat kepada semangat dalam hadis tadi :
الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ، وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ، وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina jika dilihat pada zahir yang menyamai si penzina. Ini apatahlagi jika itu anak benihnya sendiri. Hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jikalaulah baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki, maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga.
15. Mendaftarkan anak dengan ‘Bin Abdullah’ secara tidak langsung memberitahu orangramai untuk tempoh sepanjang hayatnya bahawa ‘aku dan isteriku telah melakukan zina’. Tidakkah kita membaca hadis, Rasulullah s.a.w :
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا المُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ المُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ، فَيَقُولَ: يَا فُلاَنُ، عَمِلْتُ البَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ، وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya). Antara perbuatan yang menzahirkan dosa itu; seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, kemudian berpagi dalam keadaan Allah telah menutupnya (keaibannya), kemudian dia sendiri memberitahu: "Wahai si fulan, aku telah lakukan ini dan itu semalam. Dia sendiri yang menyelak tutupan Allah untuknya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
16. Ada pihak menyatakan Fatwa Perlis boleh menjadi punca galakan zina. Saya ingin bertanya, selama ini Fatwa Perlis tidak dilaksanakan di negara ini sebaliknya fatwa ‘bin Abdullah’ yang dilaksanakan. Mana datangnya puluhan bahkan -seperti yang dilaporkan- ratusan ribu kes anak zina? Apakah tidak fatwa ‘bin Abdullah’ dapat mengurangkan kes zina? Mengapa pula ia makin hari makin bertambah?
Jangan sampai penyakit lain, ubat yang diberikan pula adalah bagi penyakit yang lain.
Jangan sampai penyakit lain, ubat yang diberikan pula adalah bagi penyakit yang lain.
17. Persoalan yang patut ditanya, apakah sesuatu yang baik apabila puluhan ribu manusia muslim dapat dilihat tanda zina pada ‘bin’ mereka? Tidakkah itu secara tidak langsung satu galakan dan menjadikan zina itu sesuatu yang dikongsi ceritanya dengan orangramai melalui tanda nama pada ‘bin Abdullah’?
18. Fatwa Perlis merupakan satu ijtihad dalam memilih pendapat para fuqaha (ahli fekah) dengan mengambil realiti masa kini dan melihat kepada al-Maaal (kecenderungan yang akan berlaku). Ia bukan satu galakan zina, bahkan mungkin satu penyelesaian dalam realiti yang ada pada hari ini.