t>

Breaking News

Ini Luahan Berani Mati Bekas Ejen DBI Properties.

Oleh : PW Community

CONFESSION DARI BEKAS AGENT DBI PROPERTIES

Tahun 2015-2016, saya register untuk jadi ejen DBI Properties, bayar rm300 dan hadir kursus dia sehari kat HQ di Ampang. Memang ramai yang datang kursus dia..dapat sijil bagai..

Time tu, sejarah DBI Properties tercipta dengan Boy Iman sebagai CEO, dan share holder die Puan Anggun. Puan Anggun ni owner Juta Kelulut..time kursus ni, Boy Iman cerita la kisah dari Alfafa sampai la buka DBI Properties termakan jugak la.

Dek kerana rumah harga memang murah, jadi saya pun berminat jugak nak beli sebijik. Konon sambil jadi ejen, boleh jugak beli rumah. Bila jadi ejen, kita orang dimasukkan dalam grup wassap, admin dia Boy Iman, Anggun, Bruno Mars (jawatan dia time tu jurucakap celebriti kat DBI Properties).

Dan baru beberapa bulan dalam grup ejen, dah mula start nampak masalah. Ada ejen yang dapat customer, bayar habis, tapi progress takde. Saya yang bayar downpayment RM10k untuk rumah pun belum ada apa-apa progress. Ada ejen yang kena serang dengan customer. Jadi ejen-ejen mula bising-bising dalam group wassap tapi bila check wasap infomation, boleh tau yang Boy Iman ni dah buka baca.. tapi takde berbalas melainkan bila ada karaoke ke, futsal ke, dia cukup suka.

Dan baru beberapa bulan tubuh DBI Properties, tetiba dalam FB personal dia beli kereta BMW, pelik kan. Bila tanya, dia cakap dia ada banyak syarikat macam DBI Boutique la..

Boy Iman ni memang pandai pusing, bila ejen minta penjelasan berkaitan isu rumah customer, dia buat tulis dalam group wassap akan buat pengumuman dalam masa terdekat. Padahal paceroh takde berjawab. Bila ejen mula naik angin, maka admin-admin akan mula memainkan peranan dengan me'remove' ejen-ejen ni.

So terkeluar dari group wassap para ejen.. time DBI Properties mula-mula buka, Boy Iman ni ambil cicit Sultan Perak jadi Penasihat Diraja, konon nak tunjuk la yang DBI Properties bukan scam.

Dekat setahun jadi ejen, tapi saya belum cari customer, nak tunggu dan lihat dulu dan memang takde rumah yang dah siap. Tapi bila ada orang yang nak beli rumah ni, dan call/wassap Boy Iman, Boy Iman akan bercerita yang rumah contoh dah ada kat setiap negeri. Yang ni terkantoi bila ada customer under Boy Iman call saya sebab nak tengok rumah contoh. Sebab time saya bayar booking rumah rm10k tu, saya yang pertama kat negeri saya, jadi bila siap nanti, rumah saya akan jadi rumah contoh padahal habuk pun belum ada..

Dan bila sabar saya dah kemuncak, nak mintak balik duit booking yang ni dia start pusing, takde duit la, duit habis buat promotion la. Boy Iman mengaku kat saya yang duit customer rolling untuk bayar event, event untuk promosi rumah dia banyak kali buat..

 

Lepas itu bila push, dia mula pusing lagi..dia cakap Puan Anggun bawak lari duit, Puan Anggun pegang duit la..kadang-kadang dia bagi alasan belum masuk office la, Puan Anggun tak sain cek lagi... lepas itu bila saya cakap nak buat report polis, dia mula ugut kalau report polis, duit memang tak dapat balik.. yang ni ramai customer kena ugut supaya tak report polis..

Time ni, group wassap untuk customer dan ejen dibuat, jadi customer banyak yang mengadu dalam tu sampai satu tahap, ejen yang baik-baik ajak customer hire samseng pergi serang HQ kat Ampang. Menjadi jugak sebab ada customer dapat balik duit. Samseng mintak seribu seorang untuk pergi serang. Upah samseng dari Setapak.



Tapi saya belum lagi upah. Try slow-slow dulu. Last-last tak boleh tunggu, saya buat report polis jugak la.. Bila dah report polis, tsk lama lepas tu kelam kabut dia refund duit tapi dapat dalam rm8500, sebab term dia, kalau refund, syarikat akan tolak 15% UNTUK KOS DOKUMEN... padahal pemede dokumen pun takde...

Bijak kan, kalau dah 10 customer kena tolak 15 percent, tak ke kaya si Boy belon ni. Tu baru 10 orang, customer beratus kot. Waktu jadi ejen, dia dengan partner dia, Anggun selalu jugak bergaduh. Pasal duit kot. Dengan arkitek die pun gitu. Last-last arkitek dia pun cabut jugak..kontraktor pun ramai yang tak berani amik projek dia sebab takut rugi, takut duit tak masuk.

Lagi satu, extra cas bile customer nak beli rumah. Contohnya lubang kumbahan, longkang, beam tanah, piling lagi, tu customer kena buat sendiri. Lepas itu, batu bata IBS ni, dia hantar guna treller.. contoh kalau treller tak dapat masuk ke tapak rumah sebab jalan sempit, jadi customer kene hire lori sendiri untuk angkut barang-barang ni dari jalan besar ke tapak projek.. cas terembunyi la ni.

Last-last bila si Boy tak dapat control dah, dia bukak la DBI Technology. Lepas itu dia tutup group wasap dan cakap mana-mana ejen yang nak bersama dia, sila pm..die akan invite dalam group wassap baru. Saya dah stop..bersyukur sebab tak cari customer, kalau tak menjawab la kena serang dengan customer.
-----------------------------------------------
Ulasan PW :

1. Setelah DBI Properties gagal, Dato' Belon Iman meletakkan kesalahan ke atas Jutawan Kelulut dan Dato' Anggun, padahal Belon adalah CEO DBI Properties.

2. Belon boleh berlepas tangan dengat syarat dia tidak sedikitpun menerima apa-apa ganjaran semasa jadi CEO DBI Properties, tetapi hakikatnya Belon mula hidup bermewah-mewahan semasa di DBI Properties.

3. Dari confession, agent-agent DBI Properties dikawal sepenuhnya oleh Belon, maka Belon bertanggung jawab ke atas setiap buyer yang ditipu oleh agent.

4. Belon belajar dari scam Alfafa bahawa cukup mudah kumpul dana dengan menipu jual rumah below cost. Maka Belon cari partner untuk lakukan scam yang sama atas nama DBI Properties. Bila DBI Properties tersontot, Belon tubuh DBI Technology.

5. Cukup nyata dan terang setiap sentuhan Belon berakhir dengan kegagalan, tetapi masih ramai lagi yang sanggup diperbodohkan.


-------------------------

Dalam pada itu, tinjauan di Facebook Boy Iman mendapati pelakon berkenaan menafikan kesemua tuduhan dan dakwaan penipuan yang terpalit ke atasnya. - Sozcyili.