Takde Sijil FC Tapi Benarkan Tahfiz Beroperasi, Salah Siapa Soal Netizen.
Oleh : Ali Abu
Sijil FC kantoi tapi masih lagi Pusat Tahfiz ini dibenarkan beroperasi, salah siapa?
Bilo den tengok Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah (PTDQI) yang terbakar tadi je terus den tangkap Pusat Tahfiz swasta ni kantoi sijil FC.
Apo itu sijil FC? FC ni bermaksud Fire Certificate iaitu satu sijil yang dikeluarkan oleh pihak Bomba bagi mengesahkan bahawa bangunan tersebut selamat diduduki dalam kategori kebakaran. Sijil FC ini bukan sahaja untuk bangunan asrama tetapi kesemuo jenis bangunan yang ado termasuklah bangunan kerajaan, perniagaan, perumahan, berek tentera dan lain-lain lagi.
Beberapo bulan yang lalu den ado keluarkan satu status fesbuk untuk para Yb samo ado DUN dan Parlimen dari Nismilan supaya mereka dapek periksa status terkini sijil FC bangunan lamo Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ini bagi mengelakkan insiden kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor yang berlaku pado tahun lopeh kembali berulang. Tapi status fesbuk den itu tidak diendahkan. Ok, terpulang. Begitulah politikus, mereka cumo mementingkan diri dan kuaso yang ado pado diri mereka sahaja. Bukannya nyawo rakyat jelata yang menjadi pengundi tegar mereka.
Bab sijil CF pula kito bincangkan di posting yang lain pado waktu akan datang.
Salah satu requirement utamo pihak bomba untuk lulus FC ialah asrama pelajar wajib di ground floor atau di atas tanah. Bukan ditingkat 2, 3 dan seterusnya. Melainkan bangunan terbabit memang khusus dibina untuk hostel.
Untuk kes PTDQI, hostel pelajar perlulah berasingan dengan bangunan tempat mereka belajar. Dan hostel mereka mesti di atas tanah. Barulah pihak bomba consider nak bagi sijil FC. Itu baru consider, belum tengok wayering sekolah lagi.
Kenapa perlu hostel pelajar perlu berasingan dgn tempat mrk belajar dan mesti di ground floor? Sobab bilo hostel mrk terbakar, pelajar mudah lari keluar menyelamatkan diri dan pihak bomba pula mudah berlari masuk menyelamatkan pelajar di dalam bangunan hostel. Korang nampak tak mengapo rule dari pihak bomba bagi sijil FC ni sangat penting?
Pusat Tahfiz swasta agak sukar memenuhi syarat kelayakan FC ini kerana kengkangan kos. Dan pihak bomba sudah pasti takkan keluarkan sijil FC untuk Pusat Tahfiz kau bro. Tapi Pusat Tahfiz totap juga dibuka dan senantiaso menerimo kemasukkan pelajar. Inilah silapnya! Sepatutnya Pusat Tahfiz/Sekolah agamo swasta yang takdo FC dan juga CF tidak dibenarkan beroperasi samo sekali.
Bilo PTDQI dah terbakar dan mengorbankan 25 orang pelajarnya, sapo yang kau nak tembak sebagai kambing hitam? Kalau kau dapat tembak pun bolehkah ia mengembalikan nyawo pelajar yang terkorban tadi? Sekarang apo yang patut kito semuo buat?
Ingat, ini bukanlah kejadian yang baru pertamo kali berlaku. Ini adolah kejadian yang berulang kali berlaku di seluruh negara. Selopeh peristiwa malang ini berlaku, kito menangisinya buat sementara waktu sahaja. Tindakan bagi menghalang pekara buruk ini daripado berulang kembali sudah pastilah diambil sambil lewa oleh pihak yang berkenaan. Yolah bukan anak kau yang bersekolah kek sekolah takdo FC tu kan.