Kegagalan JPJ Dan Sekolah Memandu.
Oleh : Cursing Malay
KEGAGALAN JPJ DAN SEKOLAH MEMANDU
1. Aku kongsikan panduan pemanduan motorsikal di Australia sebagai bacaan. Ada 10 point semua, tapi aku ambil 4 yang selalu kita tak amalkan dari peringkat undang-undang serta pemandu itu sendiri.
Gambar Hiasan |
3. "Give motorcycles plenty of room—in good driving conditions, keep a 2 second gap between you and the vehicle ahead."
4. "Be aware that fully licensed motorcycle riders are allowed to lane filter at speeds not greater than 30km/h between stationary or slow moving vehicles travelling in the same direction as the rider, if it is safe to do so."
5. "Be aware that fully licensed motorcycle riders are allowed to ride on road shoulders or in emergency stopping lanes at speeds not greater than 30km/h on roads with a speed limit of 90km/h or higher, such as motorways, freeways and highways, if it is safe to do so."
6. Jelas kan peraturan dia? Masalahnya untuk kita, dari dulu sampai sekarang tak ada peraturan tetap tentang isu lorong kecemasan ni. Semua main tibai aje bagi pandangan. Polis kata lain, JPJ kata lain, sekolah memandu langsung tak sentuh. Pemandu pun bergaduh hak siapa jalan situ.
7. Susah sebenarnya bila masyarakat sendiri kerap bergaduh tentang perkara-perkara yang mereka sendiri keliru.
8. Aku mohon jasa baik pihak JPJ, pihak trafik PDRM, SPAD dan Kementerian yang terbabit, tolong tetapkan isu ini.
9. Ni lah masanya untuk tunjuk transformasi badan kerajaan bersifat holistik dan didokong oleh semua pihak. Takkanlah PM nak kena turun selesaikan jugak benda ni? Dia bukannya Superman.
10. Hari-hari kita memandu, tapi sistem pendidikan melahirkan pemandulah yang paling caca merba antara semua. Lulus exam, dapat L, tampal pelekat L dah boleh bawak kenderaan, pada pandangan orang ramai.
11. Sekolah memandu ni sepatutnya mampu melahirkan pemandu yang bukan hanya sekadar tahu memandu sahaja.
12. Mohon orang ramai beri tekanan tentang isu ini kerana isu ini melibatkan kita semua.
CC : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia