t>

Breaking News

Naik Air Asia, Askar Kita Lembik Dan Manja Kata Netizens..

BILA TENTERA KITA NAIK AIR ASIA...
Semalam (7 September) batalion tentera Malaysia (MALBATT) yang ditugaskan di bawah panji-panji PBB di Lubnan berlepas ke negara tersebut dengan menggunakan pesawat komersil, lebih tepat, pesawat Air Asia.
Walaupun ia bukanlah sesuatu yang pelik dan janggal untuk mana-mana negara menghantar ketumbukan tentera mereka ke negara luar dengan pesawat komersil, namun masih ada netizen kita beranggapan ia satu perkara yang salah.
Malah ada yang mengatakan askar kita 'lembik dan manja' kerana naik pesawat komersil dan bukan pesawat tentera.
Aku hanya mampu geleng kepala di atas tuduhan dan persepsi liar netizen berhubung perkara tersebut.
Sebenarnya benda ni dah banyak kali diperjelaskan namun entah kenapa masih ada lagi yang mempersoalkan kewajarannya.
Brader, memang kita ada banyak pesawat pengangkut tentera tetapi pesawat berkenaan bukan hanya untuk mengangkut orang saja. Seringkali ia digunakan untuk membawa peralatan ketenteraan, kenderaan pasukan termasuklah kereta-kereta kebal, makanan dan banyak benda lain lagilah kalau nak diperincikan.
Bilangan penumpang yang boleh dibawa ke dalam perut pesawat tentera juga tidak sebanyak bilangan yang mampu 'diisi' oleh pesawat komersil. Dan jangan terkejut, pesawat komersil juga lebih pantas dan laju daripada kebanyakan pesawat pengangkut tentera yang ada.

Secara tidak langsung menggunakan pesawat komersil lebih praktikal dan dapat menjimatkan masa.
Lagipun salah ke kalau kerajaan bagi sedikit keselesaan kepada perwira-perwira kita yang nak bertugas demi negara ni. Takkan kita nak suruh mereka berhimpit-himpit sampai lutut bertemu lutut untuk perjalanan yang mengambil masa berjam-jam lamanya seperti ke Lubnan ini.
Dan aku ulang, benda ni bukanlah pelik kerana banyak negara di dunia termasuk 'jaguh perang' seperti Amerika juga mengamalkan kaedah yang sama. Jadi apa masalahnya?
Dan last sekali aku just nak bagitahu, bukan mudah ye untuk sesebuah negara mengizinkan pesawat tentera asing melalui ruang udara mereka walaupun ia hanyalah pesawat pengangkut. Ia perkara yang dianggap sensitif. Jadi nak buat apa pening-pening, baik guna aje pesawat komersil, habis cerita.
Lainlah kalau melibatkan operasi khas seperti penyusupan anggota komando, latihan payung terjun etc. Itu dah tentulah kena guna pesawat tentera, lawaklah jadinya kalau nak serang kawasan musuh pun kita pi bantai guna pesawat Tony Fernandes tu.
Cubalah positif sikit otak tu, hiskkkk!!!