t>

Breaking News

Pengguna Diingatkan Berhati-hati Dengan Nombor Telefon 07-2212022.

Oleh : Juann Chemara

Berhati-hati dengan nombor telefon 07-2212022 dan minta semua orang simpan nombor ini sebagai scammer atau pun penipu.


Pagi tadi saya ada mendapat panggilan daripadanombor tersebut dan beritahu yang saya ada hutang kad kredit dengan pihak CIMB sebanyak RM 36,517.93 sen sedangkan saya tidak pernah ada langsung kad kredit dengan mana-mana bank. 

Orang dari nombor 07-2212022 itu kemudiannya mengaku dia buat panggilan dari mahkamah tinggi Johor dan saya dah hubungi pihak TM dan mereka sudah sahkan bahawa memang nombor itu milik mahkamah tinggi Johor. 

Selepas itu, saya telefon pula pihak CIMB untuk mendapatkan pengesahan dan memang saya tiada langsung kad kredit dengan CIMB dan memang sejak dua tiga hari ini, banyak kes baru tentang penipuan yang meminta mangsa membuat bayaran ke dalam akaun scammer. 

Pihak CIMB sendiri sudah beritahu yang mereka sudah mendapat laporan untuk kes seperti ini daripada orang ramai dan dari nombor tersebut. Jadi, saya sebagai salah seoran daripada mangsa. 

Cuma mahu berpesan kepada saudara-mara dan sahabat semua supaya jangan mudah terpedaya dan berikan butiran kita pada nombor yang tidak kita kenali. Periksa dulu dengan pihak yang berkenaan tentang kesalahan ataupun hutan yang kita ada, kemudian, barulah ambil tindakan. Nasib baik sempat rakam perbualan saya tadi. Tidak percaya? Cuba korang dengar rakaman kronologi kes ini. 

Video 1 : Panggilan dari scammer – mahkamah tinggi Johor 

Video 2 : Panggilan ke pihak TM 

Video 3 : Panggilan ke pihak CIMB 

Jadi, kesimpulannya, bila saya beritahu si scammer itu (nama Liam) yang dia adalah scammer, terus dia mengaku dia scammer dan bila saya cuba telefon balik, terus “user is busy”. 

Berhati-hatilah semua. Mungkin anda adalah mangsa seterusnya yang dia sedang telefon itu, sebab tu dia tengah engage. 

Tolong kongsikan video ini supaya tiada orang lain yang terkena dan melayang RM36,517.90 tak pasal-pasal.