Polis Taknak Ambil Laporan Babit OKU - Ini Penjelasan Pihak Polis..
Oleh : Putra Azwan
Assalammualaikum semua.. just nak tanya dan pendapat pada kawan-kawan saya yang mana anggota Polis Diraja Malaysia atau yang lebih arif tentang undang-undang kat negara kita. Adik sepupu saya OKU bisu pekak bekerja di KFC Pavilion. Saya dimaklumkan ada seorang budak (baju merah) telah ambil kad bank adik sepupu saya dan mengeluarkan sejumlah RM1700 duit gaji dia, apabila saya dapat tau berita tersebut, saya pergi ke area Pavilion dan cari budak yang ambil duit adik sepupu saya.
Gambar - Putra Azwan |
Dengan bantuan rakan-rakan saya, kami dapat tangkap budak tersebut dan terus membawa ke balai polis Tun H.S Lee tanpa sebarang kecederaan atau luka atas sebab budak tersebut pun OKU bisu pekak. Masa kami tangkap budak tersebut tiada sebarang pengenalan diri ada pada dia, cuma yang ade sebiji handphone milik dia dan 4 kad bank di dalam poket seluar dia.
2 dari kad bank tersebut milik adik sepupu saya, apabila sampai di balai polis saya amat kecewa dengan jawapan yang pihak polis berikan pada saya. Beberapa pihak polis di balai Tun H.S Lee memberitahu mereka susah untuk buat report oleh kerana si pesalah dan si pengadu OKU bisu pekak.
So mereka tak tau macam mana nak buat report. So saya cuba terangkan ape yang saya tau, tetapi tidak pasti cerita yang saya tau ini betul atau tidak. Itu tugas pihak polis yang akan buat siasatan selanjutnye. Kesimpulan disini saya nak tanya salah ke pihak polis tahan budak baju merah untuk buat siasatan lanjut, yang terang-terang masa kami tangkap dia, kad bank adik sepupu saya ade di tangan dia dengan 4 orang saksi termasuk saya. Tetapi jawapan yang kami dapat, pihak polis tak boleh nak amik report sebab kedua-duanya OKU bisu pekak.
Saya nak tanya tak ade ke translator bagi pihak polis untuk selesaikan masalah sebegini??? Sebab di Malaysia bukan saja orang yang sempurna akan buat jenayah, malah OKU pun ada yang buat jenayah atau OKU ada perlepasan untuk buat sebarang jenayah?? Dan soalan saya apa perlu saya buat, jika selepas ini adik sepupu saya diugut dan terus diganggu?? Dan adik sepupu saya masih bekerja dan tinggal di area Bukit Bintang.
Suspek sudah pun dilepaskan begitu saje dengan tiada pengenalan diri dan kad bank adik sepupu saya diserahkan semula.
Sekadar minta penerangan pada yang lebih arif apa perlu saya buat?? Sebelum itu saya ingin meminta maaf sekiranya ayat saya diatas menyinggung mana-mana pihak.
Saya cuma inginkan penjelasan dan penerangan yang tepat, supaya perkara-perkara sebegini tidak berlaku lagi di masa hadapan (baju merah dan baju hitam yang ditangkap ialah orang yang sama).
Penjelasan polis
Seorang pegawai polis dari balai Tun H.S Lee hari ini membuat laporan polis bagi menafikan penulisan Putra Azwan yang tular di laman sosial sejak semalam.
Penulisan oleh Putra Azwan itu mendakwa bahawanya anggota polis di balai berkenaan 'tidak tahu' bagaimana nak menguruskan laporan polis yang membabitkan OKU apabila kedua-dua si pengadu dan suspek didapati OKU bisu dan pekak.
Putra Azwan turut mendakwa adik sepupunya menjadi mangsa kepada suspek OKU bisu dan pekak yang mencuri wang gaji milik adik sepupunya yang berjumlah rm1,700 keseluruhannya dengan mencuri kedua-dua kad ATM yang dimiliki oleh mangsa.
Putra Azwan kemudiannya mencari suspek dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan bagaimanapun menurutnya polis memberikan alasan tidak tahu hendak menguruskan laporan kerana membabitkan OKU bisu dan pekak.
Perkara itu kemudiannya dikongsikan oleh individu itu di laman sosial dan menjadi tular.
Dalam pada itu polis menafikan pihak mereka enggan menerima laporan yang membabitkan OKU. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata kepada media bahawanya lelaki (Putra Azwan) itu yang tidak mahu membuat laporan polis dan bukannya polis tidak mahu mengambil kes (terima laporan).
"Dia (lelaki) itu datang bersama OKU yang didakwanya mencuri wang dan kad ATM milik adik sepupunya. Anggota polis yang bertugas ketika itu meminta lelaki berkenaan menceritakan kejadian bagi tujuan membuat laporan polis dan supaya siasatan terperinci dapat dijalankan.
Bagaimanapun lelaki itu keluar dari balai untuk berbincang bersama rakannya sebelum masuk semula dan memberitahu tidak mahu membuat laporan polis kerana ingin berbincang dengan individu lain," katanya. - Sozcyili.