Tidak Benar Pusat Tahfiz Ialah Sekolah Yang Membunuh..
Assalamualaikum.
Saya berkesempatan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung. Setakat jam 8.00pm 14 September, 24 adik2 telah kembali ke pangkuan ilahi.
Bila baca news, macam-macam cerita yang diterima. Cuma ada beberapa perkara yang netizen sentuh saya nak betulkan. Ini berdasarkan pemerhatian saya sahaja.
1. Pusat tahfiz ni bukanlah pusat tahfiz yang dhaif seperti kebanyakan pusat tahfiz di pedalaman. Ini pusat tahfiz yang agak maju. Bangunan yang terbakar tu seperti bangunan asrama yang elok. Bangunan konkrit. (ada sebuah asrama PICOM yang lebih kurang sama binaan mcm pusat tahfiz ni). Jadi ada tohmahan sekolah tahfiz membunuh adalah tidak benar. Ini sebuah bangunan standard asrama sekolah dan layout plan sedang menunggu kelulusan bomba.
2. Punca kebakaran bukanlah lintar pintas. Pendawaian baru dan disahkan suruhanjaya tenaga. Ada kemungkinan dari perkara lain. Pihak bomba mengesahkan api yg marak dalam masa yg sgt singkat tidak menampakkan punca dari Litar pintas. (Berita Harian, 14 sept). Pihak polis dan bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Tak perlu buat kesimpulan khianat dan sebagainya. Kita tunggu hasil siasatan sebelum membuat apa-apa telahan.
3. Menteri2 pun keluar macam-macam statement. Antaranya tiada kelulusan M&E (TS Noh Omar) & tiada ciri2 keselamatan (DS Tengku Adnan). Saya harap tiada lagi statement yang tidak wajar dari pak-pak menteri buat masa ini. Statement-statement ini seperti melepaskan batuk di tangga. Buat masa ini, biarlah keluarkan statement yg baik utk menjaga hati ibubapa mangsa yang terlibat. Saya menyokong statement dari menteri KKLW Dato Ismail Sabri. Giat MARA akan menjalankan audit menyeluruh ke pusat2 tahfiz dan membantu secara percuma untuk pendawaian. Ini langkah yang amat baik dan statement yang sangat bertanggungjawab dari seorang menteri yang dipilih rakyat. Kerajaan melalui NBOS (National Blue Ocean Strategy) boleh menggabungkan agency di bawahnya seperti Bomba untuk kelulusan, JKR untuk submission plan, Giat Mara (Pendawaian dan kelengkapan) bagi membantu pusat tahfiz yang berdaftar.
4. Kepada netizen. Jangan dicemuh pengurusan dan pengetua pusat tahfiz. Ada yang meminta pengetua bertanggungjawab atas kematian anak-anak ini. Ya betul, pengetua mengatakan ini anak-anak syurga dan mereka mati syahid. Bukanlah bermaksud beliau lepas tangan dan hanya berserah pada takdir. Sistem pembelajaran tahfiz sgt berlainan dgn sistem sekolah biasa. Hubungan antara pengetua dan anak-anak tahfiz bukan sekadar guru dan murid. Hubungan mereka seperti bapa dan anak-anak. Bapa yg memberi ilmu yg terbaik utk anak-anak. Sesetengah tahfiz, merekalah bapa yg mencari makan dan minum untuk anak-anak. Pengetua ini kehilangan 24 orang anak-anak kesayangannya. Itu yg berlaku di sini. Bukan bermaksud saya menyebelahi pusat tahfiz ini. Kita tidak berada di pihak mereka. Mereka mengadakan pusat tahfiz ini bukan sebagai business. Kebanyakan pusat tahfiz ini bukan saja dihuni oleh anak-anak yang ingin mendalami pengajian AlQuran tetapi juga oleh anak-anak yatim yang ingin tumpang berteduh. Ya mungkin ada setengah pusat tahfiz dimanipulasi oleh pihak tertentu tetapi bukan kesemuanya.
5. Ambil iktibar dari kejadian ini. Mungkin ada pusat tahfiz di sekeliling kita yang memerlukan bantuan. Jumpa pihak pengurusan dan hulurkan bantuan dan derma. Sekalipun bukan wang ringgit, mungkin keringat dan pengalaman kita diperlukan. Jangan asyik salahkan mana-mana pihak.
6. Yang ada anak-anak di sekolah tahfiz, minta pihak sekolah adakan fire drill di waktu malam. Buat secara mengejut. Kalau boleh, libatkan pihak bomba.
7. Juga ingatkan anak anak di asrama, tentang bahaya electrical overloads. Pekakas elektrik seperti sterika, periuk nasi, cerek air antara yg mempunyai nilai watt yg tinggi dan tidak sesuai digunakan serentak pada satu-satu outlet socket elektrik. Begitu juga anak anak di asrama agar jangan terlalu kreatif dengan memasak menggunakan sterika. Atau memasak air menggunakan baldi dan tangkal pemanas sahaja.
8. Kepada pihak bomba, boleh adakan audit di sekolah sekolah tahfiz untuk elakkan kejadian ini berulang. Adakan lawatan ke sekolah tahfiz dan sekolah-sekolah berasrama bagi memudahkan pematuhan spesifikasi dan kelulusan di buat.
9. Cadangan menutup pusat pusat tahfiz yang beroperasi tanpa permit memang mudah dan langkah cepat dalam menangani lambakan pusat tahfiz. Tetapi adakah ini yang terbaik? Perlu diingat penutupan pusat tahfiz menyebabkan anak-anak tahfiz perlu dipindahkan sekolah. Bagaimana dengan anak-anak yatim? Nak dipindahkan ke mana? Banyak pusat tahfiz dan rumah anak yatim ini hidup disebabkan sumbangan orang ramai untuk membeli makanan dan keperluan harian. Kos yang agak tinggi diperlukan untuk membangunkan infra bagi memenuhi spesifikasi kelulusan bomba. Di mana nak dicari dana ini?
10. Akhir kalam, marilah kita sama sama sedekahkan alfatihah kepada mangsa yang terlibat. Anak2 ini adalah anak syurga. Mereka meninggal dalam perjalanan menuntut ilmu Allah. Mereka meninggal ketika Alquran di dalam hati mereka. Alfatihah Sekian
Ir Khairie M&E Engineer