t>

Breaking News

Ini Kronologi Lengkap Penangkapan 7 Suspek Yang Membakar Pusat Tahfiz.

Ini isi kandungan PC polis KL sebentar tadi.

Sidang media dipengerusikan oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Kuala Lumpur.

1. Pihak polis telah tangkap 7 orang. Waktu tangkapan bermula pada 15 September 2017 pada jam 6 petang hingga ke 2.30 pagi 16 September 2017 . Pihak polis telah merampas baju, seluar, topi keledar yang dipakai oleh suspek pada malam kejadian termasuklah motorsikal, petrol, bahan kes yang digunakan.


2. Semuanya berusia di antara 11 hingga 18 tahun.

3. Kesemuanya telah diperiksa untuk ujian air kencing.

4. 6 positif dadah dan satu negatif dadah.

5. Kesemua suspek juga telah ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan. Dari 16 September hingga ke 122 September. Mereka akan disiasat dibawah akta 117. Polis akan cuba bawa kes agar kesemua suspek dibicarakan sebagai dewasa bagaimanapun terserah kepada pihak pendakwaraya untuk menentukan. Semasa kejadian, polis juga menyatakan kemungkinan kesemua suspek telah mengambil dadah sebelum melakukan khianat dengan api di premis milik tahfiz.

6. Semua suspek tinggal di kawasan yang berdekatan dengan terletaknya pusat tahfiz tersebut. 2 daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau. Seorang dibawah seksyen 148 dan seorang lagi dibawah seksyen 379(A).

7. Kes dianggap selesai dengan penangkapan kesemua 7 suspek tersebut. Kes ini hanya ada 7 suspek dan tiada tangkapan lain akan dibuat lagi.

8. Suspek telah menggunakan satu bahan membakar bagi melajukan pembakaran pusat tahfiz tersebut.

9. Motif kejadian adalah disebabkan ejek mengejek di antara dua kumpulan.

10. Semua mesej berkaitan siasatan kejadian yang viral di laman sosial hanyalah sekadar informasi dan mana-mana pihak yang didapati menyebarkan ia boleh didakwa dan disiasat oleh pihak polis dibawah akta 203 kanun keseksaan.

11. Polis tidak mengesahkan tentang kewujudan tong gas tetapi dipercayai ia dibawa oleh suspek yang terlibat. Ia dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas.

12. Niat awal suspek adalah untuk hanya membakar bangunan tersebut (tiada niat hendak membunuh) - khianat dengan api.

13. Semasa tangkapan kesemua suspek tiada dadah dikesan ditubuh mangsa.

14. Pihak polis mengadakan PC tergempar kerana tidak mahu mana-mana pihak melakukan andaian tersendiri yang akhirnya menganggu siasatan ataupun bukti-bukti yang boleh dibawa ke mahkamah. Pihak polis juga memberikan amaran agar jangan sebarangan menyebarkan apa-apa mesej viral.

15. Kesemua remaja yang ditahan ada yang bersekolah dan ada yang tidak bersekolah.

16. Seorang pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan telah dilepaskan oleh polis kerana tidak terlibat dalam kejadian tersebut.

17. Polis mengesahkan individu yang terakam wajahnya di dalam CCTV adalah salah seorang suspek yang terlibat dalam kejadian.